Bak kata iklan colgate, kulit yang kering boleh di sapu losyen, muka yang naik jerawat boleh di sapu bedak, tp gigi.................(part yg ini dh x igt...)
Secara jujur, saya ngaku saya bukan la manusia yang prefect, ada cacat celanya, kadang-kadang dlm menyedia makanan yang sihat, kita lupa bahawa budak kecil tidak boleh di jamu dengan makanan yang manis dan boleh membuat mereka terlalu aktif, tp di sebabkan rasa kesian, bagi la sikit untuk merasa makanan manis tersebut (bukan setiap hari ye, sekali sekala jer...)
- Tabik spring pada ibu2, mama2 dan umi2 di luar sana yg mmg langsung x bagi anak mereka benda yang manis.... if I could do that too
Berbalik kepada tajuk diatas, pada umur berapakah baru anak-anak boleh menjalankan rutin check gigi utk setiap 6 bulan?.
Agak mengelirukan saya, gigi anak tak penuh gusi dh kena buat pemeriksaan kesihatan gigi? Soalan ini di tanya sendiri oleh nurse di KK, "Dh buat pemeriksaan gigi".....,agak terkejut dengan pertanyaan tersebut, saya hanya tersenyum...
Saya belum lagi membawa Danial berjumpa doktor gigi untuk menjalankan pemeriksaan gigi, bukankah terlalu awal untuk membawa toddler yang baru berusia 2 tahun ke klinik gigi untuk pemeriksaan gigi. Tapi bila di fikirkan balik, entah berapa banyak gula yang masuk ke dalam mulut semasa makan (saya dh mula gunakan susu formula sekiranya stok susu kambing dh abis), takut jugak memikirkan akibatnya. Setakat ini, saya hanya melakukan rutin menggosok gigi ( tapi bukan la gosok sangat, tp lebih kepada danial mkn ubat gigi).
Agak risau sekiranya gigi susu akan rosak dan gigi kekal naik tidak sekata.... oh tidak, cane nak bg senyuman menawan nie klu gigi dh rosak.... xkan nak pakai pendakap gigi...
So, doc gigi atau parents yang ada pengalaman, boleh kongsi dengan saya... Sharing is sexy.