Dalam sedar tak sedar, sudah setahun saya menyusukan Danial menggunakan susu ibu sepenuhnya... Dalam malas pun saya berusaha juga untuk memberikan yang terbaik untuk anak saya. Malu saya sekiranya
1) Jururawat yang bekerja ikut shif
2) Pekerja kilang yang bekerja shif
3)Anggota polis yang bekerja shif
boleh menyusukan anak mereka sepenuhnya...(tak boleh bayangkan bila masa la mereka nie curi waktu untuk mengepam..., klu aku yg cikgi nie dh pemalas nk mengepam malu la ...) dan pam yg mereka gunakan bukanlah mengunakan kuasa elektrik ataupun bateri.. tetapi manual kadang-kadang siap MARMET lagi..( yg lagi la bertambah malu, ak dh la yg jenis elektrik tp malas.. teknik MARMET mmg fail sbb tak pernah mencuba....).
Alhamdulilah, semalas-malas saya, dpt la jugak kumpul stok yang bertahan untuk 3 minggu... Dari sepenuh-penuh deep freezer.. hinggalah tinggal yg nie sahaja..(sekurang-kurangnya berguna jugak MR DEEP FREEZER selama setahun.. klu tidak habis peti itu terisi dengan ais krim 10 sen dan sebagainya.
Kenapa malas..
1) anak dh besar, asyik nak makan je , susu kurang ..( tak sama dengan anak org lain) dan kadang-kadang bertambah.. ikut pada mood..
2) susu makin kurang.. dulu boleh dapat 15 oz sekarang nk capai takat 5 oz payah
3) malas nk bangun malam ( nie mmg x boleh nak ubah, dulu boelh je bangun malam.. sekarang , ya ampun susah ..set la jam kul 2, 3 pagi.. tp tetap jugak terjaga kul 5.45 pagi)
Mudah-mudahan, saya rajinkan diri untuk cukupkan penyusuan selama 2 tahun...
Stok cukup 3 minggu ....
p/s : 1 tahun je lagi.. gambate.. gambate..gambate..