Tuesday, October 26, 2010

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya

hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap

menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu

merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain

lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang

berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon

untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu

sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat

bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa

pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau

tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia

ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon

untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan

mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi

baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.

Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran

yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh

di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau

mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika

kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.

bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar

mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS

dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas

dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari

kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak

pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin

mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,

kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Monday, October 25, 2010

Malam Amal SMKHK

Ini la kali pertama saya terlibat dengan projek besar selepas meninggalkan zaman-zaman menjadi pelajar Universiti...( rindu sangat bila menjadi organizer, berlari mendapatkan sponsor.., kol sana, kol sini untuk menjayakan program tersebut..). Tapi kali nie, saya tidak terlibat dalam keseluruhan proses... hanya terlibat separuh sahaja..

Majlis nie diadakan 4 tahun sekali.., well, its more to gathering party.., bila citer pasal gathering nie..., erm.. I just work there only 2 years ( including this year..), so mmg langsung xder ex-student .. so yg ader pown just current student.. hheheheh... Malam 2, ader 2 org artis yang membuat persembahan MAWI n ROSLAN SHAH... so far everything going according to plan..Alhamdulilah...

so, layan la gambo ini..





Hargai la pasangan anda......

PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia.

Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana

mereka pasti akan menerima kita seadanya.

Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain. 

“Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu”

Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.

pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.

Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’ digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.

Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.

Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.

Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia.

Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, dan di sekolah bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.

Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.

Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan.

Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.

Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.

Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.

Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.

Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah.

Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.

Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.

Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.

Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri.

Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.

Sunday, October 24, 2010

Indahnya sebuah kemaafan.......

Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??

Firman Allah SWT:“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”(Surah Al-Hujurat:11)

Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”(HR. Tirmizi)

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”(Hamka)

“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.(HR. Bukhari dan Ahmad)

Firman Allah SWT:“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”(Surah Ali-Imran:134)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”(Surah an-Nur : 21)

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”~

Thursday, October 21, 2010

Surat daripada seorang perempuan kepada FUTURE HUSBAND

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).

Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)

Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,

Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh laling,

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.

Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!).

Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alas an pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,

Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata? “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^

Wednesday, October 20, 2010

Monday, October 18, 2010

Penswataan kerajaan ????

Semalam, saya menerima email daripada rakan saya yang 3 tahun menghilangkan diri (mmg hilang sehingga x dpt di kesan langsung), entah apa, ribut xder, angin xder tetiba sahaja email saya....well, mmg happy sangat, kenapa saya happy, sapa yg x happy kawan yang hilang selama 3 tahun tetiba email, mula-mula igt nk kabarkan berita gembira tp rupa-rupanya nk berdiskusi.. hahahahha..well, I'm totally happy coz I really admire with his thinking, he love to throw away his crazy idea but the idea was totally reasonable, happy that I can change idea with the crazy person but I'm still normal person that I can't compete with his idea......... hahahha.

Topik yang kami bualkan adalah x lain x bukan , budget 2011...( this topic suddenly become so famous, g la mana-mana org masih citer pasal bajet jer... ). Sekiranya anda bertanya kepada saya , apa yang paling saya suka tentang budget, bonus ??? ( ader ke manusia yang x suka dengar perkataan tersebut... cuba bagitaw sapa ???), the market area a.k.a business??? (hohohoohoh, saya paling suka tentang ini, well since i involve myself in investment, nowday is not a big deal, since saving also count as invesment....), house loan??? and etc ( klu nk taip banyak-banyak nanti jadi komputer plak hahahah). Ok, back to the topic.., we discuss about pension fund in private sector...

Mari imbau balik sejarah, klu x silap saya, tahun 1997 ( kegawatan ekonomi), masa ini, berpusu kakitangan swasta nk kerja ngan kerajaan.., kenapa ye... salah satu sebab, tiada jaminan dalam pekerjaan... (saya pown x bepa paham sgt.., bila dh kerja ngan swast baru la saya paham..) dan skim pencen......

Tiada jaminan dalam pekerjaan... well, kerja ngan swasta nie agak berlainan sikit (if you are having an experience working with private sector, then u will understand what I'm talking about). Basic salary in private sector are higher compare in government sector.. (klu gaji dh tinggi, tengok plak tugas yang perlu di lakukan..., perah otak kiri n perah otak kanan .. lebih kurang nak ambik exam final sem..., klu kerja yang di lakukan tidak sempurna bersiap sedia kena masuk board meeting .... segar lagi dlm ingatan bila kena masuk board meeting.. seram wei..). Masa kerja x menentu.., pergi kerja sebelum matahari kuar, balik kerja selepas matahari terbenam.... ( klu nk close account, belum tentu lagi boleh balik umah silap hari bulan kena berkampung kat off.....). Nk uat pinjaman pown susah, sbb pihak bank tak berapa yakin (alasan yang paling tak masuk akal....huhuhuhu)

Apa yang paling di takuti oleh kakitangan swasta adalah mereka tak taw bila perkhidmatan mereka tidak diperlukan a.k.a kena pecat, kadang-kadang notis x sampai 3 bulan, yg paling kejam notis berhenti dalam masa 24 jam.. (kadang-kadang betul jugak apa yang kawan saya ckp, but as for me.. kerja kat mana-mana pown ader sahaja dugaan dan cabaran..., bersyukur sgt2 sekarang nie..). Bila dh kena pecat..., bukan mudah untuk membina tapak baru , sbb mereka dh kena cop besar... beside duit yg ader dalam KWSP bukan leh withdraw at the time, kena 2ggu masa yg sesuai plak....(part nie, bukan saya ckp tp kawan saya..., entah no common..)

Alhamdulilah, tahun depan skim pencen akan di laksanakan pada tahun hadapan untuk kakitangan swasta.. ( that's a good news..., baik ader daripada xder langsung..). Well, I guess the worker in private n government sector are equal ritz now, cuma yg beza, basic salary n bonus x sama la.. hahahah, so private n government sector are equal, ini bermakna kakitangan kerajaan harus bekerja dengan lebih kuat , achieve higher productivity since we already have a pension fund n private sector also have pension fund....., if you guys realize something, this is a very good competition between the two sector.., if the private can achieve a higher goal, so the government also can achieve it..., but to achieve it alone, it just a hard work without any goal, but if all the government sector work out together anything can be achieve....

Well, i guess, even in wonderpets song, 'APA YANG PENTING, KERJASAMA'..., Even you are work in private or government sector..., the challenge might be differ but the goal was to drive the country towards becoming a developed and high income nation by 2020 ( only 11 years to achieve..)

Bajet 2011.........

Dhulo..

Paling x suka dengar berita pasal BAJET, sbb satu benda pown x paham.., entah apa yg di katakan oleh PM.., ingat lagi semasa hari tersebut sanggup bukak CD sbb x mau tgk BAJET...

Skrang...

Berita pasal BAJET mmg akan ditunggu dari tahun ke tahun, sbb saya dh mula paham apa yang di katakan oleh PM... well, BAJET ini sgt penting kepada saya, sbb senang saya nk menguruskan kewangan saya di masa hadapan (walaupown saya bukan org berada, tp sekurang-kurangnya, saya bukan lagi katak di bawah tempurung)

Tahun 2011 (bakal menjelma).....happy sgt2.
sbb

1) cuti bersalin bagi bakal ibu telah di naikan dari 60 hari kepada 90 hari.. (yippy, walaupown saya x mengandung, tp saya memahami bakal ibu-ibu di luar sana...., sebelum bersalin adalah saat kritikal daripada selepas bersalin... itu yg sering saya dengar.... satu hari nanti saya akan merasainyer.. ehheheh0

2) cukai perkidmatan telefon bimbit di hapuskan... (sapa-sapa nk tukar HP canggih boleh g tukar sekarang, HP yg canggih ini dh murah dh ... baru jer hari AHAD, g check kat LOW YAT..., yup harga BLACK BERRY CURVE dh sama harga dengan NOKIA E 71

3) SKIM RUMAH PERTAMA DI LANCARKAN...., ini yang paling best di dengar, tp kan kat mana nk cari rumah yang berharga RM 220 K sekarang ini ye, 10% harga rumah asal akan di tanggung oleh kerajaan.. ( pencarian ASET PERTAMA saya....)

4) Pelaburan akan meningkat dari 10.5 % kepada 12.5 %, ( yang ini kena rajinkan diri balik untuk g ke ASB.....)

5) PTK akan di mansuhkan dan diganti dengan format baru ( suka sgt2.., sbb tahun hadapan saya akan menduduki PTK.. heheheheh)

6) walaupown bonus tahun ini x dpt, x apa la, yg penting dpt bantuan RM 500, daripada langsung x dpt... (Alhamdulilah.. rezeki di murahkan pada tahun ini... yippy)

7) SKIM PENCEN di syarikat swasta akan di laksanakan pada tahun hadapan... ( erm, persaingan yg sgt sihat x lama lagi, ini bermakna kakitangan kerajaan = kakitangan swasta, so produktiviti kena meningkat, klu x sendiri mau ingat.....)

Saturday, October 16, 2010

my best buddy marriage .........

I just wanted to cry..., really wanted to cry....., bunyi cam selfish plak, tp nk uat cane secara tetiba air mata nie tidak dpt di tahan..., adakah air mata nie, air mata kegembiraan atau kesedihan..., entah, saya sendiri x pasti...

Well, today I just receive an email from my best buddy.., dia lah tempat saya bergaduh time belajar, dia lah tempat saya dok ngadu hal yg remeh temeh (pasal makan pown leh saya mengadu ), dia lah tempat saya meluahkan segala yang terbuku di hati, die lah org yg pertama sekali mendengar tangisan saya selain dari bantal busuk dan kema ( time 2 kema x leh jadi org first sbb jenis yg emosi n memahami, takut plak ader yg terbih emosi...) dan dia lah org yang pertama sekali akan saya khabarkan berita gembira....

Suddenly, I just fell empty in my heart..., coz I dont have my best buddy, erm pasni konfem I x mau kacau die lagi...., hari ini hari die berkahwin....., sewdih, mmg sgt sewdih sbb saya xdapat menghadirkan diri ke majlis die, well salah saya jugak suka uat kejutan.. (coz time saya kahwin, saya x bagi taw, awal2... last minute baru g taw..)hahahahah, bila terkena kat muka sendiri baru taw perasaan tersebut.... rasa nk ............(I dont the best word to describe it, but for sure congratulation on the big day... n welcoming to new world.)

Well, life have to move on.., I have to wake up that I can't depend on my best buddy shoulder.., erm btw leh ke saya jd best buddy kawan saya nie, coz bila dh kawin nie, everything is so so so so different from A until Z. Entah la, susah nk ckp, coz not everyone are understood what type of friendship that we have.., so to keep other heart form been hurting, is best for us to let it go our friendship n uat x taw jer... ( kadang kala tindak yg bodoh nie merupakan jalan penyelesaian yg terbaik....). Past is past, the new begining just want to start it....

To my best buddy, I wish that U will be happy always and congratulation on the wedding day (I still can't believe that u are marry, it just feel like paying back time.. hahahaha). And last advice, life are full with unexpected things that we never cross in our mind, grab it if u think that is good to u, (remember the gold mine theory that u teach me), but if u have uncertain feeling, just let it go, remember gold mine are everywhere just close your eyes, n think life is too easy don't think it difficult .. (nasihat dari member yg kahwin dulu .. hahahaha)

Thursday, October 14, 2010

Minggu nie - BZ

Erm.., boleh di katakan aktiviti blogwalking makin berkurangan.. hehehehe, nk kata bz boleh la.., tp bulan nie mmg bulan yang paling bz sekali....sbb bulan nie dipenuhi dengan undangan perkahwinan, open house... cam-cam lagi la.

Mula-mula sekali, mertua saya akan datang ke KL, bukan nk check saya ye.. heheheheh, sbb adik ipar saya akan konvo....., so..CONGRATULATION TO MY SISTER IN LAW....,FINALLY SHE HOLDING A DEGREE..., well sebenarnya , nk sgt pergi konvo SIL, but x boleh sbb saya bekerja dan die konvo sesi pagi... mmg xder rezeki .....

Saya suka g konvo, coz boleh mengibau kembali kenangan semasa saya mula-mula memegang SCROLL..., perasaan tu mmg x boleh di bayangkan...., best sgt2..., (nampak gaya kena cepat-cepat sambung MASTER..., insyaALLAH, saat tersebut pasti akan tiba). Di sebabkan saya x boleh g konvo SIL, so mmg xder idea langsung nak bagi apa...(klu saya g konvo die, at least boleh la beli bunga ke apa-apa yang berpatutan)...

So, I just bought something to her, hoping hat she like it..., ingat senang ke nk beli something kat org klu x taw apa yg orang tu suka...................

Second,

My classmate wedding..., 2 wajib g sbb masa wed saya, dia dtg.., bukan 1 jemputan perkahwinan.. 3 jemputan, tempat jauh-jauh.....but the best part, my husband are coming this week.. so, leh la g sama-sama.. hehehehehhehe.

Third,

Since my parents in law are coming, so we will have a family gathering..., bukan apa, saya balik jumpe mertua pown semasa cuti sekolah jer. a.k.a HARI RAYA PUASA sahaja...,RAYA HAJI mmg x leh balik coz selangor cuti sehari jer.... ( sadis.. huhuhuhuhu). Nak balik cuti DEEPAVALI, cam x berbaloi coz saya cuti lama tp husband cuti 2 hari jer... huhuhuhu