Tuesday, January 15, 2013

Opinion about milk...

Bila cerita bab susu ini, macam-macam akan keluar...yang selalu saya dengar

1) "Susu ini elok, harga pun x mahal, dh berkurun dh guna.. anak-anak pun pandai"

2) "Susu yang ini, sangat menjimatkan duit kocek ko, 2 bulan x perlu beli susu ..."

3) Kandungan DHA susu ini sangat tinggi.. mmg bagus untuk perkembangan otak, ko tengok anak aku, dlm bab pembelajaran semua cepat tangkap...

dan sebagainya...itu pendapat masing-masing.. bagi saya, susu yang paling baik adalah SUSU IBU ( satu dunia x boleh nak lawan ciptaan ALLAH S.A, Subhanallah, sungguh hebat kuasa MU.... SELEPAS susu ibu adalah SUSU KAMBING dan selepas susu kambing adalah SUSU LEMBU.. bukan saya cakap ye, yang ini ada dalam Al-Quran.


"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; iaitu susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya"
-maksud firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 66.


SUSU IBU > SUSU KAMBING > SUSU LEMBU.. Susu lembu duduk tempat ke-3, betapa hebatnya org-org Yahudi nak menyesatkan umat nabi  Muhammad s.a.w dengan mengiklankan susu formula yang di perbuat daripada susu lembu lebih bagus dari susu kambing. Itu mmg realiti, cuba tengok iklan di kaca televisyen asyik-asyik susu lembu ( x kira la susu formula ke, susu UHT ), mmg xde langsung iklan susu kambing ini. Klu dalam majalah keibubapaan, iklan susu kambing hanya 1 muka surat sahaja...selebihnya susu lembu...(klu x silap saya la)

Kenapa susu kambing di katakan susu yang terbaik...yang ini boleh google sendiri, yg ini nak share di sini..

Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)
Comparison in gm/liter
VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
tiada
tiada
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Nicotinic Acid
1.87
1.71
1.94
Choline
150
tiada
121
Inositol
210
tiada
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.0043


JADUAL KEGUNAAN VITAMIN

NAMA VITAMIN
KEGUNAAN VITAMIN
  KEKURANGAN VITAMIN
Vitamin A (Retinol)
Kekuatan gigi, tulang , tisu lembut, salutan mucus.
Memelihara kulit.
Penglihatan yang jelas & normal.
Untuk kesuburan kelahiran.
Untuk menolong ibu susuan.
Vitamin A mengatur sistem kekebalan (immune system) mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang  menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah  - Osteoporosis
Vitamin D
Vitamin D menolong untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah otot dari menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, dan ia meningkatkan sistem imuniti. 
Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot). Osteomalacia pada orang dewasa – tulang menjadi lembut yang menyebabkan sakit terutama pada kaki pinggang, leher dan tulang dada mudah patah tulang kejang otot  pada tangan kaki dan tekak.
Riboflavin
Riboflavin  perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract.  Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur dan menghindar dari keguguran rambut. Pengambilan riboflavin sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda.
Kekurangan  boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).  
Gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap dalam tindakbalas mental
CholineCholine mengawal berat badan dan level cholesterol . Ia menyihatkan salutan cell and menghindar dari penyakit gall stones.  Ia juga memilihara system saraf, daya peringatan dan daya belajar.  Ia juga memperkuatkan daya pertahanan kita untuk melawan hepatitis dan AIDS.
Kekurangan nya akan membawa penyakit kepada hati (liver) dan menaikan level cholesterol kita, menaikan tekanan darah kita dan membawa kepada penyakit ginjal. 
Daya peringatan dan fungsi otak kita akan terjejas
InositolInositol memberi kesihatan kepada rambut, pertumbuhan rambut dan mengawal level estrogen dan menghindar dari bekak di buah dada.Kekurangan nya akan mengakibatkan penyakit eczema (penyakit kulit – gatal, berkudis) keguguran rambut, sembelit, penyakit mata dan menaik level cholesterol kita.
Vitamin B1Ia adalah amat berkhasiat untuk otak dan boleh melegakan tekanan jiwa dan mempertingkatkan daya ingatan dan day belajar.  Untuk Kanak Kanak ia adalah perlu untuk tumbesarah.  Ia juga melegakan sakit arthritis (penyakit sengal sengal – lenguh sendi), mata dan kemandulanKekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit
Gangguan mental atau emosi.


Itu baru jenis susu, belum lagi bentuk, seperti biasa susu boleh di bahagikan kepada 2 jenis bentuk iaitu cecair ( UHT) dan tepung ( formula). Saya lebih sukakan susu UHT ( yg nie mmg target saya untuk beri anak saya minum ) daripada susu formula.

Kenapa???

Sebelum menjawab persoalan tersebut, mari kita tengok cara pembuatan

SUSU UHT :

cara pembuatannya adalah melalui kaedah pemanasan yang cepat pada suhu yang sangat tinggi. susu segar diambil dari sumber haiwan (biasanya lembu), kemudian dipanaskan pada suhu 135-145 darjah celcius dalam masa 2-5 saat. tujuannya adalah untuk membunuh semua bakteria dan patogen penyebab penyakit. mengikut kajian, pemanasan menggunakan suhu tinggi tetapi dengan masa yang singkat lebih baik dari pemanasan dengan suhu sederhana tetapi dengan masa yang lama kerana pemanasan yang lama akan membunuh nilai gizi dalam susu tersebut. jadi, nilai gizi di dalam susu UHT masih hampir menyamai susu segar yang baru diperah dari haiwan terbabit.

SUSU FORMULA :

pembuatan susu tepung dimulakan pempasteuran, sama seperti susu UHT untuk membunuh bakteria. susu kemudiannya dipanaskan menggunakan plate heat exchanger (55 hingga 60 darjah celcius) untuk menurunkan tahap kelikatan sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan lain(perisa, pengawet) yang dimahukan. kemudian, susu akan melalui proses homogenisasi untuk menyamakan ukuran globula lemak susu. akhirnya, susu akan melalui proses pemanasan sekali lagi menggunakan spray dryer pada suhu 70 hingga 80 darjah celcius. pada tahap inilah susu akan berubah dari bentuk cecair ke bentuk serbuk.

Oleh sebab itu, saya memilih susu UHT kerana

1 ) jumlah pengawet dalam susu tepung lebih banyak dari jumlah pengawet dalam susu kotak menyebabkan susu tepung tahan bertahun-tahun lebih lama (jika tidak dibuka) berbanding susu kotak yang jangka hayatnya lebih pendek.

2) proses pemanasan bersuhu tinggi dan dalam jangka masa yang singkat seperti yang dilalui oleh susu kotak lebih baik dari pemanasan dengan susu rendah tetapi jangka masa yang lama memandangkan pemanasan yang lama menyebabkan lebih banyak nutrien asal dalam susu yang mati semasa proses pemanasan tersebut.

3) mengikut kajian, berlaku kerosakan protein sebanyak 30% di dalam susu tepung melihat kepada banyaknya proses yang dilalui semasa penyediaannya.

Mesti ada yang berkata, susu UHT lebih mahal dari susu tepung, yg ini yang tak berapa pasti samada betul atau tidak kerana susu tepung pun ada yang terlalu mahal dan murah, dan kita telah mindset susu yang mahal adalah susu yang terbaik. Terbaik cane pun, bila susu tersebut melalui pemanasan yang tinggi segala nutrien akan hilang dan di ganti dengan bahan sintetik yang mana bukan mudah untuk badan kita menerimanya. Saya tetap berpegang susu segar tetap terbaik dari susu tepung.

Susu UHT hanya boleh di minum oleh bayi yang berusia 1 tahun keatas. Namun begitu, saya tetap berpegang pada prinsip, susu hanyalah pelengkap dan anak-anak masih boleh mendapat zat-zat untuk tumbuhbesaranya melalui pemakanan yang seimbang. Oleh itu, beri la peluang untuk anak-anak "merasa" pelbagai tekstur makanan.

p/s : sapa yang pernah minum susu kambing segar, rasanya cane ye??, nak ber "eksperimen" dengan anak sebelum membeli.

Friday, January 11, 2013

Kretiria pemilihan tadika - please help me !!!!

"Anak baru jer umur 1 thn 3 bulan, dh nak kepoh-kepoh pasal nak masukkan ke tadika , biar la kat taska.. x perlu nak pikir sangat pasal tadika nie, bila dh sampai masa hantar la"- itu pandangan org kepada saya bila saya melontarkan soalan "bagaimana nk masukkan anak  ke tadika  @ bagaimana nak pilih tadika"... huhuhuhuhu.. mungkin bagi sesetengah org, faktor umur tidak lagi sesuai untuk di hantarkan ke tadika  @ saya  terlalu berfikir perkara yang belum pasti ....

Mungkin bagi org, x perlu nak tergesa-gesa nak fikirkan tentang tadika, sampai masa, hantar sahaja tadika.., di KL nie berlambak tadika ada, pilih jer nak yang mana 1, ada yang murah dan ada yang mahal. Itu pada org tp bukan pada saya.. sbb saya memerlukan rujukan dan pengalaman ibu-ibu yang telah menghantar anak-anak mereka ke tadika, kerana pengalaman mereka amat bermakna  bagi diri saya...

Kenapa bermakna ?

1)  Tadika merupakan institusi pendidikan pertama  yang mengajar secara formal. Institusi yang sangat penting dalam pengenalan 3 M ( membaca, menulis dan mengeja). 

Pemilihan tadika yang salah akan menyebabkan kegagalan dalam penguasaan 3M. Inilah yang paling saya takuti, kenapa???. Biarpun saya adalah seorang guru tetapi saya tidak mampu untuk mengajar asas dalam 3M kerana saya tiada pendedahan.. ok, tipu klu ckp xde, ada sedikit bila saya terlibat dlm mengajar kelas linus , dimana kelas ini adalah khusus untuk pelajar sekolah yang mmg langsung tidak reti membaca. Mmg jenuh jugak nak mengajar kerana saya tidak mempunyai teknik  atau lebih tetap saya tidak pernah didedahkan kepada kaedah mengajaran bagi pelajar ini. Cuba  anda bayangkan, bagaimana anda perlu mengajar pelajar membaca sebutan  KU....CING, BU ..KU, sama seperti guru-guru tadika mengajar . (Tabik hormat kepada cikgu tadika.. dari yang langsung x pandai membaca hingga lancar membaca, memerlukan ketahanan mental yang tinggi dan kesabaran yang tinggi).

Tadika yang macam mana yg betul-betul boleh pastikan pembelajaran dan pengajaran berjalan dangan lancar???. Apakah ujian yang boleh saya lakukan untuk pastikan pembelajaran dan pengajaran di tadikan berkenaan berkesan? 

Saya xnk pisang berbuah 2 kali, kerana ibu saya memberitahu bahawa saya mmg tidak pandai membaca sehingga berumur 6 thn dan terpaksa di hantar ke kelas membaca sebelum masuk sekolah rendah. (ok, klu jadi cam kes saya, kat mana nak cari cikgu yg pandai @ boleh ajar membaca sehingga pandai?)

2) Jenis tadika

Di Malaysia, tadikan terbahagi kepada 2 aliran iaitu aliran konvesyen  dan islamic. Setiap aliran mempunyai kelebihan masing-masing. Yang ini mmg  konfius di buatnya, sbb saya sendiri x tahu apa kelebihan setiap aliran. Kita sebagai parents mesti nak yang terbaik untuk anak kita kan. Yang ini bila tanya ramai yg jawab dua-dua aliran ada pengajian agama.. tidak ada masalah nak hantar.. ( jawapan serkap jarang tapi yang mana terbaik)

Mungkin setengah org nak anak pandai ckp "org putih", ada yang nak advance mate cam adi putra n so on...

saya plak..

Nak kan tadika yg ada sistem khalifah dh xnk sistem yang sedia ada skrang ( target saya ). Nak kan tadika yg mewajibkan pengajian qiraati, solat dan 3M. Celah mana saya nak cari tadika yang memenuhi kehendak saya, klu bukan dari pengalaman ibu-ibu yg pernah dan sedang menghantar anak ke tadika (x dpt banyak pun  xpe, yang penting ada sedikit dari tiada langsung)..

Saya jeles  bila anak-anak yg berusia 2 thn sudah boleh membaca surah lazim, 
Saya jeles bila anak-anak yg berusia 2 thn sudah boleh melakukan hafazan,
( InsyaALLAH, better late than never)

3) Kemudahan yang mencukupi

Rata-rata tadika mempunyai kemudahan yang mencukupi, kadang-kadang ada juga pengusaha tadika ckp semua ada, bila di tanya pada anak-anak ckp semua ada tp.......................hurm..Saya x kisah klu terpaksa berbelanja lebih untuk kemudahan tersebut tp jgn pelaburan yang kita keluarkan tidak memberi manfaat kepada anak kita, yg itu mmg saya pantang..


Saya amat memerlukan pandangan ibu-ibu yang berpengalaman dalam bab tadika. Apa lagi kriteria yang ibu-ibu gunakan dalam pemilihan sesebuah tadika ?




Tuesday, January 8, 2013

Pendidikan anak

Bila jadi mak-mak ini, isu cara pendidikan anak ini mesti menjadi 1 isu yang besar...siapa yang tidak mahu anak-anak menjadi anak yang soleh/solehah, yang cemerlang dari segi akedemik dan sahsiah dan terbilang. Saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana memikirkan apa yang saya  coretkan di sini. Pendidikan awal anak-anak bermula lagi dari kandungan lagi.. percaya atau tidak itu yang tercoret dalam Al-quran... "Bagaimana mahu mendidik anak-anak untuk menjadi cemerlang" - yang ini mmg  x tipu, sbb ada seorang makcik ini
 ( jiran kita namakan sebagai SU), anak-anak die semuanya mempunyai jawatan yang hebat-hebat, dari anak sulong sampai la yang bongsu semuanya

Pernah tanya Acik Su ini, apa rahsianya..., acik Su  citer la...

A) Amalkan pembacaan Al-quran semasa hamil

Cam biasa, kena baca Al-fatihah, ibu segala surah..

Semester pertama (1-3 bulan)
1)surah Al- baqarah ( utk susu)
2) surah Yaasin ( elakkan ganguan syaitan)
3) surah Taubat

Semester kedua
1) surah Muhammad
2) Surah luqman
3) surah Yusof ( utk anak lelaki ) / Surah maryam ( utk anak perempuan) ( baca 2 sekali  @ pilihan)
4) surah Inshirah ( lapang hati)

Semester ketiga
1) surah Maryam ( memudahkan untuk bersalin)
2) surah An-nahl ayat ke 78
3)surah 'Araat ayat 198


Jujur saya katakan , x semua ayat di atas ini saya baca, apa yg saya buat, setiap malam, sebelum tido @ dh tido saya akan mainkan, sbb saya belajar melalui penghafalan, bila dh banyak kali main, secara automatik saya boleh membaca bila ayat ini di mainkan ( baru saya tahu kenapa matapelajaran yang banyak baca mmg susah nk dapat A sbb x suka menbaca, tp lebih suka org bercerita banyak kali benda yg sama )
p/s tolong check dgn ustazah @ ustaz susunan ayat yg betul mengikut semester kehamilan..

B) Banyakkan membaca semasa mengandung dan sentiasa bercerita pada kandungan

Yang ini, saya  berkata "Acik biar betul, nanti org kata x betul pulak", reason bila kita membaca dan bercerita pada kandungan, kandungan kita akan memberi respon kepada bahan bacaan kita, samada bahan bacaan tersebut memberikan input @ output. Pada masa yang sama, kita telah mendidik bayi kita untuk suka membaca selaras dgn ayat pertama yang turun kepada Nabi S.A.W

Saya pun membuat eksperimen
i) bahan bacaan pertama buku yang bertajuk Umar bin Al-Khattab, the conqueror dan Aishah
-mendapat respon yang sangat baik, di mana bahan bacaan tersebut habis di baca hanya 1 malam, baby bergerak aktif seolah-olah saya berada di tempat Umar dan Aishah ( buat pertama kalinya habis, sbb saya bukan kaki buku)

ii) bahan bacaan kedua, buku yang bertajuk agak santai, seperti novel
-sampai ke hari ini x habis lagi membaca..., cepat mengantuk dan malas

kesimpulannya, bagi ibu yang mmg kaki buku mmg 1 bonus, sbb anak-anak lebih terdorong untuk mengikut ibu yg suka membaca. Bagi ibu yg kurang membaca cam saya  tp suka membuat latihan matematik, main sodoku, dam  - hasilnya akan diberi tahu 5 tahun akan dtg ....

tp, yang pasti Danial mmg suka dgn buku, lebih-lebih lagi klu buku penuh dengan lukisan, mungkin salah satu sebabnya, setiap kali sesi penyusuan, buku mesti akan saya baca dan bercerita. Kadang-kadang buku yang saya baca bukan lah di tahap Danial tp buku yang lebih bercorakkan ilmiah, cam buku economy, motivasi..tp kadang-kadang bercerita la jugak pasal si kancil dengan buaya dan pastikan input yg ingin diberi tahu adalah jelas

cthnya :
cerita si kancil dengan monyet - moral = jgn menipu org lain untuk kepentingan diri sendiri
( selalunya org kita selalu kata kancil pandai, tp di sebalik kepandaian tersebut adalah tipu helah semata-mata)

yang ini, saya dapat semasa menghadiri kuliah agama.

C) Menjaga makanan minum - yg nie semua org tahu

D) Bacaan sebelum / semasa / selepas anak tidur
Ingatkan anak dh tidur dh tamat sesi pendidikan anak, rupanya tidak...

Ibu-ibu di galak untuk menbaca

Ya -latif , sebanyak 100X, hembus pada ubun-ubun supaya ilmu yg di ajar anak-anak dapat igt (dgn kuasa Allah)

Baca surah Al-fatihah 1X dan Alam Nasrah 1X- hembus pada mulut supaya mendengar kata-kata yang baik
Bercakap dengan anak-anak, seru namanya dengan berbinti ibunya dan berikan nasihat

sapu air lebihan wuduk pd ubun-ubun dan muka..

E) Yang paling mujarab, doa ibu dan bapa....

Ada yang berbunyi, konfem mesti anak kau bijak punya bila ikut amalan makcik tu. Susah nak jawab soalan tersebut, bg saya  ini semua kuasa Allah, kalau berusaha setakat itu (hanya baca surah semasa kehamilan) x kemana jugak.. apa yang penting di sini adalah usaha kita untuk corakkan anak kita mengikut acuan yang kita pilih.. klu kita pilih mengikut acuan nabi junjungan S.A.W, insyaALLAH berhasillah apa yang kita usahakan mengikut kehendak rohani kita yang paling asas.

Thursday, January 3, 2013

Permulaan tahun baru yang x best........

Salam tahun baru di ucapkan, semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya dan semoga rakan-rakan yg mengenali blog ini atau saya murah rezeki sentiasa tidak kira di mana anda jua berada..

Hari ini, 2/1/13 merupakan hari pertama persekolahan di buka.. macam biasa, setiap kali waktu persekolahan bermula, jalan raya mesti sesak bila jam menunjukkan pukul 7 pagi.. dengan bas, kereta parents hantar anak-anak ke sekolah dan sebagainya ( teringat plak nostalgia semasa bersekolah dulu.. awal tahun bersemngat kental katakan hahahahah )

Permulaan tahun baru saya adalah sangat mendukacitakan... seriously I'm in the bad mood.. bukan di sebabkan mood kerja  ye.. tapi di sebabkan kawasaan perumahan saya tiada bekalan AIR. Dengan notis tidak diberi, di radio tiada perkhabaran, kat TV pun tidak di hebohkan... ( yg nie mmg berangin....). Bangun jer pagi-pagi, nak basuh storage botol , air di sinki dah xde..... nasib baik la air simpanan tangki ada boleh la mandi kerbau dan bash storage botol. Ingatkan gangguan bekalan air  hanya sampai pukul 11 pg...tp sangkaan saya meleset sampai pukul 9 mlm..

Kat sekolah pun air dh tiada.. mmg 1 hari langsung x makan kat kantin.. makanan dh habis sebab bekalan air tiada... nak melakukan aktiviti "nature call" mmg terbantut. Paling kesian kat dak tenit 2, kat nursery  air pun xde.. kol pengasuh mandi gunakan air mineral.

Ingatkan balik rumah boleh la qa'da balik mandi yang pagi tadi dan mandikan balik danial, tp air dalam simpan langsung xde... Hari ini jugak, belajar mengambil wuduk mengguna spray ( cam org g haji ).Nasib baik la air ada tp slow macam siput kat porch kete.. apa lagi mandi la kat situ..dengan baju t-shirt n seluar trek,  org tengok semacam jer... biar la org nak tgk bukan berkembang pun... badan dh melekit2, xkan nak tunggu sehingga air ada.. benda yg wajib ( solat) kena laksanakan..biar la wangi sikit baru boleh khusyuk sikit nak solat...

Yang paling x boleh tahan, semua kedai makan di sekitar kawasan perumahan ni semua tutup sebab air tak de, terpaksa la makan KFC.. itu jenuh beratur panjang..semata-mata nak makan. Erm, lain kali kena simpan air dalam bekas penyimpan air untuk kecemasan.. tp takut plak nyamuk ades membiak x pasal2 kena plak kena bayar saman ( 1 jejentik = RM 500, klu dh 10 ekor mau kopak duit simpan)....Mmg permulaan tahun baru yg x best.. mintak-mintak ada la air esok..klu x, mandi la kat dpn porch kul 6 pg..

Monday, December 31, 2012

Summary 2012......

Pejam celik pejam celik, dh nak hujung tahun dah.. sekejap sahaja masa berlalu.., masih lagi terasa baru sahaja dalam bulan oktober .

Kesimpulan bagi tahun 2012 adalah :

Moments yang TERBAIK berlaku pada diri saya :

1) Dalam usia 27 tahun, dh mempunyai seorang anak yg comel dan bijak. Dia la peneman di kala sunyi, suka dan duka. Segala aksi-aksi yang comel, nakal adalah pengibur bagi hati ini . ( bila duduk berjauhan dengan suami, mmg danial nie la jadi pendengar yang setia bg setiap kegiatan yang berlaku pada diri saya, biarpun x memahami tp sekurang-kurang pandai jugak memujuk dengan memeluk, cium dan yang paling x boleh di terima pandai mengigit bila emaknya buat-buat x nampak @ x dgr..., dh pandai mintak perhatian.. so sweet dan menjadi penunggu dpn pintu bilik air ... yg nie x taw belajar dr mana.

2) Tengok anak membesar depan mata. dari umur 1 bln hingga la jd toddler. Mmg seronok bila tengok anak membesar depan mata.. tp sampai sekarang x boleh lagi panggil UMI, asyik MAMA jer.. xkan nak kena tukar gelaran plak. Letih mmg letih, tp seronok bila tengok segala aksi-aksi yg menghiburkan.

3) Melancong ke Bukit Tinggi, Indonesia bersama dengan Danial, pengalaman pertama bercuti ke luar negara dengan anak...pengalaman yang berharga kerana ketika itu Danial br sahaja  4 bulan...br je pandai mengesot...

4) Bawa Danial g Zoo Melaka, biarpun Zoo Negara dekat dgn rumah nak jugak g Zoo Melaka. Kenapa nak g Zoo Melaka, sbb nak g berjalan-jalan makan angin, lagipun dah lama x g Melaka .

5) My best friend wedding on september, sehari selepas tu, sambutan harijadi kami berdua ( saya dan danial), senang uat serentak, beza seminggu .. seronok bila share kek harijadi nie..

6)Melancong ke Pulau Tioman..., aktiviti mengajar danial berenang.. ( guna pelampung jer..ahahhaha)

Moments yang TERBURUK berlaku pada diri saya :

1) Tak dapat bertukar untuk tinggal sebumbung dangan en somi. Tak pe la, nak buat cane, klu nak asyik panjat tangga KPM kat putrajaya dangan harapan boleh tukar tapi x boleh sakit hati jugak. Tak bagi tukar guna ijazah x pe, akan saya guna MASTER plak..., tgk cane.. so dalam kotak wish list sudah di KIVkan dah...

2) Anak di masukkan ke wad sebanyak 5 kali  ( 3 kali di HKL) dan 2 kali di Ampang Puteri kerana Pneumonia. Yg nie mmg serik, bukan serik duduk dalam wad, tp kesiankan pada anak, kena cucuk ambik darah la, masukkan antibiotik cara IV... ( tp nak sihat kena cekalkan diri untuk melihatnya ). Syukur Alhamdulilah bila dah 1 tahun ke atas, x perlu masuk wad dh... huhuhu

3) My Master only half way.. x boleh nak sambung kerana masa itu anak sering masuk wad.. klu nak teruskan dengan hati yg runsing lebih baik x perlu... , menyesal????.. klu bab duit mmg menyesal tp lagi menyesal kalau anak masuk wad tp emaknya bz memanjang nak siapkan tesis sehingga mengabaikan tanggungjawab, anggap xde rezeki mungkin rezeki untuk master ada untuk tahun hadapan bila anak dh betul2 sihat dan x perlu berulang kali masuk wad

Itu sahaja moment-moment yg berlaku pada diri saya... misi tahun hadapan

1) MASTER - nak xnk kena sambung rasanya dh lama sgt tangguh takut berkarat je otak nie..

2) Melancong ke luar negara mengikut bajet, klu boleh nak ke korea, jepun atau beijing..


Monday, December 17, 2012

Cerewet atau.......................

Kadang-kadang terfikir jugak, cerewet sangat ke saya nie ???

erm..

Alkisahnya, cani.. kita klu masak kat rumah untuk suami, anak-anak, mahupun tetamu mesti nak buat yang terbaik bukan, yelah walaupun bukan untuk diri sendiri ( nak puji diri sendiri pandai memasak tp sekurang-kurang kena jaga jugak air muka en somi kita bukan) dan kadang-kadang apa yang kita harapkan sempurna bukanlah sempurna sangat.. mungkin ada terbih gula ( manis yg amat ) atau terbih garam ( masin teramat) tp apa-apa pun kesilapan yang kita buat kita kena betulkan supaya perut en somi, anak-anak @ tetamu yang  datang ke rumah dapat di isi.. betul tak????

Kadang-kadang pelik jugak bila memikirkan gelagat para suami nie.. bila kat rumah, bila kita memasak hidangan mesti akan keluar komen.. samada memuji ( yg nie semua org suka)  dan kritikan yang membina biarpun agak pedas..( rasanya kawan-kawan semua mesti pandai masak, so kritikan  mmg agak jarang dapat berbanding dgn saya hahahaah - mengaku dgn ikhlas, sbbnya mmg fail klu masak makanan yg jenis berair contoh singgang ikan, biarpun org lain kata ala senang pun boleh fail, klu x kena dgn cara boleh lari rasanya...).

Tapi bila makan di luar, biarpun makanan tersebut terlalu manis atau terlalu masin, xde pula yg berbunyi secara terang-terangan, berbunyi melahirkan rasa tidak pus hati, tp masih lagi menguyah dan menelan makanan tersebut..Bila saya memanggil pelayan, untuk menukarkan makanan tersebut, automatik en somi akan kata "awak nie cerewet la, makan je la...", cam tu plak... ( itu baru dgn en somi)

Kali kedua, makan beramai-ramai dgn kawan-kawan, bila makanan dh sampai, adalah yg tertumpah garam ( masin yg amat) tp masih boleh mendiamkan diri.. mintak nasi tambah untuk gilangkan rasa masin, bila saya  kata tukarla dgn yg baru.., automatik kawan saya berkata "cerewetnya... ala boleh kurangkan rasa masin nie dgn tambahkan nasi, x perlu nak buat kecoh " - gitu plak..

Kali ketiga, makan dgn adik., order la nasi goreng sotong, dan bila makanan tersebut sampai, nasi tersebut berbau hanyir kerana sotong sudah busuk, boleh adik saya makan sambil bising-bising kat meja ( tapi x nak bersuara di pada tempat yang sepatutnya), bila suh tukar, boleh ckp "ala takat makanan je, x perlu la nak cerewet...",  - erm

Mungkin org kata saya nie cerewet yang amat ( yeke saya nie cerewet), bagi saya bila kita makan di luar, of course kita mahukan perkhidmatan yang terbaik, makanan yang enak yg cukup dari segi rasa dan sebagainya. Adakah cerewet kalau kita mahukan hak kita di penuhi kerana kita membayar perkhidmatan tersebut.. korang rasa cane?

Wednesday, December 12, 2012

Cuti sekolah.. apa yang menarik..

Cuti sekolah tahun 2012,  rasa macam tak cuti sekolah jer....

mungkin

1) kena jaga SPM a.k.a kena kerja cam biasa, bosan tu ada juga tp yg best tengok muka bebudak berkerut menjawab exam.. ntah aku dulu cam tu la kot, berkerut-kerut, angkat tangan mintak g tandas ( siap ada body guard yg ikut ke tandas ) hahahahahah.. memori sewaktu ambik SPM

2) Balik kg sekejap sahaja.. seriously, balik hari khamis, hari ahad dh dtg KL, belum lagi sempat nak terjah ke pasar ( pasar apa ntah nama nya yg famous dgn kain batik kat KT 2, dh lupa dh....), nak belek-belek kain batik punx sempat sbb en somi nak hantar servis kete kat KL ( br je berangan nak beli kain batik sbb setiap hari kamis jarang sangat nak berbatik-batik nie sbb nya hanya ada sehelai sahaja batik dlm almari, yang lainnya semua cotton.. hantu cotton nak uat cane selesa dan serap peluh)

3) Bekerja keras menambah stok yg kian terkakis.....seriously, yang nie mmg buat aku gelabah yang amat.. kenapa...


nampak x, storage botol yg kosong dan belambak dalam beg palstik nie.....


nie pulak stok susu yang ada dalam simpanan .... maunya x sesak nafas...

jadi cuti sekolah nie, kerjanya memenuhkan kembali storage botol dgn susu .. walaupun x sebanyak dulu, akan ku  cuba utk cukupkan stok sampai FEBUARI 2013.. bukan apa, takut jugak klu permintaan melebehi bekalan ( ntah betul atau x peribahasa nie)

Friday, November 30, 2012

Investment....sekadar ingin berlagak atau keperluan...???

sigh..

Bila cerita bab pelaburan nie, cam-cam reaksi yang di terima, ada yang positif ada pula yang negatif.
Antara reaksi yg selalu di dengar...

"Melabur, uat nape, aku x percaya pada istilah melabur nie, bukan boleh percaya pun, nanti kena tipu"- tp duit simpan kat bank kata x percaya pada istilah melabur.

"Mana ada pelaburan yang boleh bagi ko untung, biasa ak tengok rugi je semacam, xnakla ak, karang dr elok-elok boleh bayar kete bulan, x pasal2 kete ak kena tarik"-dalam pelaburan nie ada cam-cam, tp ko letak jugak duit ko kat bank walaupun terang-terang ko cakap xde untung tp rugi sahaja.

"Hidup biar la sederhana, asalkan bahagia, dari berhutang sana sinu, ak xnk la melabur sbb ak xnk hidup ak susah"-mmg la hidup kena berserdahana, tp bolehkan memenuhi tuntutan hidup yg semakin demand ke arah materialistik nie..

Tepu dada tanya diri, adakah cukup dengan  wang simpanan @ wang pencen yang akan kita dapat untuk memenuhi keperluan seharian kita selama 1 bulan?

Kalau saya kata simpanan  yang anda selama anda bekerja adalah sebanyak 500K, cukupkah???
Rata-rata yg saya jumpa, semuanya akan kata "WOW, banyaknya... cukup la 2 nak sara  hidup".

Hakikatnya,

Hayat manusia di zaman nie hanyalah 74 tahun sahaja, andai kata anda berpencen pada umur 50 thn, ada lagi 20 tahun untk anda menyara hidup tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Setiap bulan dari simpanan sebanyak 500K, anda hanya belanjakan sebanyak RM 2083 sebulan. Persoalan yang perlu anda tanya adakah cukup RM 2083 untuk di belanjakan selama sebulan dgn kadar inflasi yang semakin meningkat?.

Kalau anda menjawab ya, anda perlu melakukan sesuatu untuk diri anda untuk menjamin kehidupan anda di masa akan datang.
Kalau anda menjawab tidak, tidak perlu meneruskan pembacaan...

Berbalik pada tajuk di atas, pelaburan bukan untuk berlagak tetapi merupakan 1 keperluan untuk menjamin hidup di masa hadapan.
Kenapa keperluan?
Tengok sahaja statstik peberlanjaan anda seharian, adakah peberlanjaan anda makin meningkat @ makin menurun?. Bagi saya, perbelanjaan saya makin meningkat kerana nilai inflasi meningkat, contohnya

2010- nasi lemak biasa RM 1.00                
2011 - nasi lemak biasa RM 1.20
2012- nasi lemak biasa RM 1.50
2013  dan seterusnya, agak2 nya boleh x nilai nasi lemak biasa mencecah RM 4

Fikir-fikirkan la, 2 baru harga makanan, belum masuk lagi dengan aset yg penting yg betul-betul menjadi keperluan hidup.

Dalam pelaburan ini ada bermacam-macam jenis, langkah yang pertama sebelum anda mula melabur, anda perlu bertanya kepada diri anda....
1) Adakah anda seorang yang PASIF @ AKTIF?
2) Adakah anda teramat sukakan perkataan UNTUNG @ sekadar melabur untuk menjamin masa depan keluarga?
3) Adakah  anda seorang yang BERDISPLIN @ melabur ikut pada keadaan?

Bila anda dh tanya pada diri anda, mari tengok pula jenis-jenis pelaburan yang sesuai dgn diri anda.

1) Unit trust ( benda nie mmg famous masa saya tengah belajar lagi, tp x pernah ambik pot pun)

Unit trust, saya pasti ramai yg pernah dengar dan ramai yg dh ader unit trust nie, bab untung  @ rugi itu, kena tanya sendiri pada para pelabur yang melabur dalam unit trust ini. Saya pernah jugak melabur dalam unit trust ini, tp hanya setahun sahaja. Sbbnya saya jenis pasif, saya melabur bukan nak untung tp untuk jamin masa hadapan dan saya melabur ikut keadaan. Pelaburan yang sebegini tidak sesuai dengan diri saya tapi sesuai untuk mereka yang aktif dan berdisplin.

Kenapa??

Unit trust nie memerlukan simpanan modal yg tinggi, semakin banyak anda membeli unit, semakin tinggi anda untung. Nak untung pun ada kena ikut kepada kadar inflasi semasa dan kena sentiasa berbincang dengan perunding kewangan, bila masa nak beli unit dan bila masa nak jual unit, lebih kurang cam saham.. (sy nak bayar perunding kewangan, lebih baik duit itu bg kat mak n ayah hahaha)

Kalau jenis pasif cam saya masuk unit trust ini, alamaknya mengalami kerugian sbb entah bila nak beli unit @ nak jual unit. Sekiranya unit yg dibeli tidak bertambah dr 1 tahun ke 1 tahun, boleh alami kerugian disebabkan oleh kadar inflasi.

Nak tahu lebih lanjut, anda boleh pergi sendiri ke pejabat unit trust dan mintak annual report, dalam itu ada graf dan cam-cam la. Dengar la taklimat dari dorang.

2) Emas ( skarang nie tengah famous, g mana-mana org berkempen pasal emas)

Merupakan 1 pelaburan yang menguntungkan, kerana setiap tahun harga emas sentiasa naik, dalam masa 10 tahun harga emas akan melonjak naik RM 500 untuk 1 gram. Pelaburan jenis ini sesuai untuk org yang aktif dan pasif.

Kenapa?

Emas akan di beli dari kedai emas @ peraih emas, bila harga emas naik, emas yang di beli akan di jualkan, hasil keuntungan akan di gunakan untuk membeli emas balik dgn harga murah @ di simpan  @ di laburkan ke tempat lain.

Masalah yang timbul, mana nak cari duit nak beli emas???, skrang pun 1 gram dh RM 200.
Ada yang pinjam dari bank nak beli emas, ada yang kumpul duit br nak beli emas...

Berbaloi ke pinjam dari bank nk beli emas- ada org kata berbaloi, sbb harga emas akan naik, bagi saya..
harga emas tetap akan turun tapi turun dalam kadar yang sedikit. Tak perlu nak membuat pinjaman di bank untuk membeli emas, kerana dh banyak pinjamam yang kita buat untuk pastikan kita boleh hidup, pinjaman kereta la, rumah la, dan sebagainya..dari elok2 boleh bernafas, nanti jadi lain pulak.

Caranya... jeng-jeng...

3) ASB
Saya pasti ramai yang dh ada akaun nie, syukur alhamdulilah. ASB nie mmg sesuai untuk org yang pasif dan yg aktif. Sebab goyang jer kaki, hujung tahun dh dpt dividen.. hahahahah. Bagi yang aktif setiap bulan mesti simpan di akaun nie, bagi yang pasif dan melabur ikut keadaan cam saya nie, setiap bulan masuk la sikit-skit dan kadang-kadang x masuk langsung tp yang penting hujung tahun mesti dpt dividen mengikut pada jumlah simpanan kita. Jumlah dividen hanya sebanyak 7 %, walaupun x banyak seperti emas dan unit trust yg penting hujung tahun dpt bonus.

Ramai yg tanya cane nak dapat untung banyak, jawapan saya, korang simpan aje x payah keluar-keluar , konfem akan bertambah la duit dalam simpanan @ korang memaksimakan jumlah tabungan korang.

Contoh,
 Katakan kan la korang mula simpan dalam ASB sebanyak 5k, dividen yg di beri sebanyak 7%, ini bermakna korang akan dpt  RM 350. Setiap bulan plak, korang masukkan sebanyak RM 100 , dalam setahun RM 1200 . Untuk tahun berikutnya, dividen dpt 7% ini bermakna (5k + 1200+ 350) x 7% =458.5, jumlah keseluruhan utk tahun tersebut  7008.5.
( ikut pada kemampuan diri...........)

4) Tabung haji
Sama jugak  prinsipnya dengan ASB, yang bestnya dh siap di tolak dgn zakat. Apa yg paling best dan buat sy paling suka, boleh simpan x perlu nak keluar-keluar ( sbbnya xde akaun kat bank islam mahupun bank rakyat untuk update buku dan boleh online banking dgn pos malaysia online untuk deposit sahaja, check akaun langsung x boleh). So bila x boleh check akaun, mmg x ambil kisah ada berapa dalam akaun nie, sbb asyik masuk sahaja...tunggu surat dari tabung haji bila dh cecah RM 10 k, sbb nya masa nie la dpt panggilan untuk pergi haji kepada sesiapa yang dh daftar nak g haji.

5) Bank rakyat
Antara pemberi dividen yang paling tinggi, sapa yg ada saham dengan bank rakyat alhamdulilah. Saham bank rakyat ini susah nak masuk sbb tempatnya adalah terhad. Hanya untuk ahli-ahli sahaja, nak tambah pelaburan pun susah selagi ahli yg sedia ada tidak mahu memjual saham. ( Saham nie, sy sendiri dh beratur, alih-alih dapat nombor, dh tutup, last2 beli kat kemaman, itu pun nasib baik sahaja)

6)AHB
Sama juga dgn ASB, cumanya setiap 6 bulan akan di berikan dividen ( dalam setahun dpt 2 kali dividen), jumlah dividen yang di berikan bergantung kepada jumlah pelaburan yang di buat. Untuk pengetahuan lot untuk bukan bumiputra dh penuh samalah dengan kisah amanah saham wawasan. Untuk bumiputra masih lagi terdapat kekosongan tp bergantung juga pada bank, ada yg dh penuh.. ada yang belum lagi. Apa yang best tentang dana nie, merupakan salah satu pelaburan untuk membeli hartanah. Tidak kira la rumah dan sebagainya..( rujuk pada prospektif sebelum membuat pelaburan)

7) Simpanan tetap
Mmg sangat sesuai dengan saya, yg baru nak belajar berdisplin ini. Akaun nie, rata-rata semua bank ada.. apa bezanya akaun nie dengan akauan simpan yang biasa. Akaun nie adalah akaun yang bersyarat, dimana perlu simpan, klu keluarkan sebelum tempoh matang akan di kenakan bon ( denda), akaun biasa nak keluar banyak kali pun xde masalah sbb takde denda. Dividen mmg masyuk, ada yg 27% untuk setahun ( lagi tinggi dr ASB), ada pula 18% ikut pada bank. Dividen pulak ada yg ikut bulan, ada yg 3 bulan, 6 bulan , 9 bulan dan sebagainya...

Nak tahu lebih lanjut, kena la berjumpa dengan org bank...

p/s : Pengalaman mengajar sesuatu yg amat berharga....









Tuesday, November 27, 2012

HELP !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Berat badan adalah musuh utama wanita "- Yup, that's so true...

sigh..........

Bila mengandung, mesti org akan berkata, "Ala. berat badan naik perkara biasa, baby nak membesar..samada naik secara mendadak atau naik secara berkala (sikit-sikit) atau langsung tak naik berat badan..

kategori ketiga - langsung x naik berat badan, mmg bertuah, pas bersalin boleh slim-melim balik
kategori kedua - naik secara berkala (sikit-sikit), masih lagi bertuah, mudah mendapat berat asal...
kategori pertama - naik secara mendadak, hurm anak punya pasal relakan sahaja, nak dapatkan berat asal, bagaikan berperang di medan perang...( susahnya)

saya dalam kategori pertama

Orang lain menyusukan anak, still boleh maintain berat badan @ boleh kurangkan berat badan sama cam berat di zaman anak dara. I do feel jealous towards these people, biasa la perempuan kalau x cemburu mana nak sah. Kawan sekolah dengan saya, sama-sama melahirkan anak pada tahun 2011, menyusukan anak sehingga 2012.. berat badan makin turun.. dari saiz baju M, turun ke S, turun ke SS. Makin bertambah cun..
Saya plak, berat badan makin naik, kejap maintain, kejap naik.. saiz baju dr M, naik ke L dan skrang ke XL.., paling x best suar jeans dr saiz 30 naik ke 34.. gosh, I do need help...xkan nak semakin comel, nak jugak merasa balik suar jeans saiz 30, klu x boleh 30, 31 jadi la...

Di mana silapnya???. sehinggakan naik mendadak sampai begitu sekali. Nak jumpa dgn kawan-kawan lama pun malu, sbb dorang semua cun-cun bila ada anak, saya plak dlm kategori makcik-makcik yang nak terima menantu...( masa g kenduri kawan, ada org tegur saya makcik.. hurm sedih, bila terkenang balik). I not confident with myself. self esteem low.. dan yang paling penting, x suka bila peha "berlaga", itu dah menandakan berat badan naik, nanti macam-macam penyakit akan datang..saya nak hidup lama lagi ( ajal maut di tangan tuhan, biar la ajal  yang bukan di sebabkan masalah kesihatan kerana masalah berat badan)

Makan, mmg saya makan... klu x makan susu akan cair, bila susu cair anak mengempeng terlalu lama..

Skip waktu makan, kadang-kadang saya skip, sbb takut berat lagi terus naik..

Kawan sekolah dh tegur makin comel, en somi plak cakap cam teddy bear - I have to do something..

Ada yang mencadang

# pakai PB -saya kerja di sekolah, yg memerlukan pergerakkan aktif, PB tak sesuai dengan saya, sbb masalah peluh yang tak diserap oleh baju, karang nak cantik tapi dapat penyakit kulit ( kulit jenis sensitif nie mmg xleh basah, kena kering .. klu basah dpt la masalah)

# loss weight program a.k.a slim world - klu org nak belanja, saya sudi jer hahahahaha, hakikatnya saya tak mampu nak pergi slim program yang mencecah puluhan ribu ringgit semata-mata untuk cantik, baik saya simpan untuk benda lain

# minuman untuk kurus - yang nie mmg saya susah nak percaya, result mmg akan kurus tapi kena consume produk secara berterusan, klu x ambik @ skip berat badan akan naik secara mendadak.. klu nak consume secara berterusan poket kena gemuk, x boleh kurus sekejap @ gemuk sekejap .

Nak makan mesti teringat diri yg akan semakin comel, bila x mkn perut lapar.... hurm

So, ada apa-apa cadangan bagaimana nak atasi masalah ini, mmg memerlukan bantuan dr kawan-kawan yg berjaya turun berat badan dgn cara sihat, biar lama asalkan selamat

(br je nampak burger prosperity kat McD, teringin nak makan... cane nak kurus nie)


Wednesday, November 21, 2012

Bila nak mengandung lg?????

Haih...

Soalan cepu emas..., saya ramai yang dh terkena dengan soalan ini apabila umur anak sudah mencecah 1 thn ++

"Bila nak tambah anak... nanti kesian bdak itu xder kawan nak main"
"Kenapa lama sangat nak tunggu sampai 4 @ 5 thn baru nak ngadung, nanti rugi"
 - soalan yg direct yg tak lapik2 dh

"Ak tgk ko makin berseri-seri, ada isi dh ke"
"Amboi, setiap hari datang kerja asyik melawa aje, ada apa-apa ker?"
 - soalan yang berlapik tp makna tetap sama

Jawapan  saya..

"Xnk mengandung lg ! "

Kenapa  "Xnk"

1)Anak baru seorang dah terkontang-kanting hidup saya, belum lagi bertambah lagi seorang mau haru-biru hidup saya... reaosan yang paling kukuh, rumah tanggan saya masih lagi dalam mood PJJ. Tanggungjawab menjaga jatuh pada bahu saya 100%

Saya tahu, ramai yang akan berkata..

"Org lain PJJ jugak tapi anak 3 @ 4 orang xder masalah pun, bukan xleh bergilir-gilir jaga anak, yg sulong minggu nie ayah jaga, minggu depan pulak yg no 2 dan 3 pulak ayah jaga..."

"Bukannyer ko sewa jauh2, dekat jer dgn umah parent ko, susah sangat ko duduk la dengan parents, boleh la parents ko jaga anak ko berdua" - and so on, org akan bercakap dan terus bercakap..

Bercakap mmg senang, nak melaksanakannya bukan mudah..

Mmg org lain PJJ , boleh ader anak 3 @ 4 orang, dan boleh bergilir-gilir jaga anak.. tp mana ada seorang ibu sanggup berpisah dengan anak yg di kandung selama 9 bulan. Bukan boleh berjimat, tp banyak pengeluaran... mana x nyer, rumah dah 2 buah kena sewa secara persendirian , no sharing dgn member okeh. Bil telefon @ top-up xyah cakap la...belum masuk lagi dgn mak n nenek untuk keperluan hidup anak. Secara logik, ite sebagai mak n ayah nie, klu boleh nk lengkapkan keperluan anak selagi termampu. Nak duduk balik dengan mak n ayah.. Oh, tidak.. mmg itu mak n ayah ite, tapi sampai bila nk menumpang hidup, bila nak belajar berdikari.. bila duduk di luar, baru la terbuka luas mata nie, dapat je gaji tolak semua hutang-hutang, apa yg tinggal itu la yang akan di gunakan untuk hidup sehingga gaji bulan depan.. Biar la org nak kata tolak tuah n so on, tp saya puas apa yg saya buat, sbbnya, hidup saya cara saya .. tipu la klu saya x berhutang dengan org lain... but hutang pun tetap bayar.., bukan macam org tu ( maaf klu terkena pada anda, tp org lain ye), punya la liat...

2) Anak saya tak mcm anak org lain, selalu masuk dan keluar masuk hospital...

Bab nie, mmg serik dan letih bila anak selalu masuk n keluar wad ... dr umur 3 bulan sampai la 1 thn masuk wad n keluar wad. Org lain xkan paham biar pun panjang lebar ceritanya, bila terkena pada batang hidung sendiri br paham apa yang saya rasa. Seboleh-boleh mmg xnk masuk wad, tp klu jadi apa-apa pada anak saya, sapa yang nak bertanggungjawab.. masuk wad igt best ke ( nak rehat pun org asyik mengacau belum masuk lagi  kerja atas meja yg berlambak betul-betul merunsing hati dan fikiran). Biar la,  anak dah besar, dh  dapat perhatian dan kasih sayang dan x perlu acap kali masuk wad, baru la pk nak mengandung semula @ tidak.

3) Gaji kami laki bini setakat ini hanya mampu menyara 1 orang anak sahaja...

Mungkin org akan kata saya menipu, sbb gaji kakitangan awam setiap tahun pasti akan naik. Jujur saya katakan, siapa yg hidup di bandar KL dan JB.., taraf hidup di sini amat la tinggi ( JB lagi tinggi okeh). Mau x nya, separuh dari elaun yg saya dapat mmg khas utk anak , itu belum lagi ditolak dengan perbelanjaan barangan runcit dan hutang-hutang. Nak bernafas alhamdulilah, klu nak hightea or dinner kat hotel.. harap maaf la, dapat pun hujung tahun bila bonus ada.. itu baru g nursery.. belum lagi pra-tadika, kelas hafazan, kelas mengaji al-Quran bagi tahun yang akan datang...

Untuk tahun 2013, nursery + kindergarten = RM 700
                             nursery + kindergarten + kelas iqra  = RM 900
per month.... ( kena uat survey supaya lebihkan kepada tabungan pengajian)

4) Nk sambg MASTER ( bukan kena tp wajib)

Bila pk balik, sampai bila nk hidup di tangga cani.., lg pun dpt pulak surat siaran, guru-guru sekolah rendah wajib  sambung degree supaya guru-guru sekolah rendah semua berijazah, sekolah menengah pulak mesti ada Master ( x lama lg jd wajib la). Dengar khabar, guru sekolah menengah yg x mahu sambg master akan di turunkan ke sekolah rendah ( sy mengajar sekolah rendah.., ajar menengah rendah dh sakit kepala dengan karenah pelajar ini apatah pulak sekolah rendah.

5)Perbelanjaan melebihi tabungan..

Ini realliti yang kami perlu hadapai.., mau tak nyer klu kami simpan jer duit alamaknya tak berjumpa kami laki bini ini...Itu pun dh cut yang mana x perlu, dr sebulan sekali jd 2 bulan sekali... terpaksa , klu tidak habis lari misi kami memburu rumah. Bab rumah, nak beli pun susah dan x beli pun susah.. jadi kami simpan la deposit 10 % untuk rumah yg mampu kami miliki..

"Rugi kalau tak mengandung sekarang"- terpulanh pada pendapat masing-masing. Tipu kalau saya katakan saya tak rindu pengalaman mengandung dan bersalin.. tp hakikatnya saya tak mampu. Biarla apa yg saya ada sekarang saya hargai daripada saya membuat keputusan terburu yang akan menyebabkan seorang insan tidak mendapat hak yg sepatutnya saya berikan.