Monday, November 19, 2012

Mencari Keredhaan dlm hidup


Dalam kehidupan kita seharian, kita perlu membuat pilihan... samada pilhan tersebut terbaik @ terburuk dalam kehidupan kita..
Bangun sahaja dari tidur..

1) Bangun sembahyang subuh @ teruskan tidur
2) Solat zuhur dahulu @ makan tengahari dahulu
3) Balik kerja terus @ melepak di kedai kopi dan sebagainya
4) Solat berjemaah di masjid bg waktu mahgrib @ sembahyang berseorangan
5)Bersegera dalam melakukkan kebaikan @ menundakannya 
dan banyak lagi...

Adakalanya pilihan tersebut tidak menepati apa yang di rancang tetapi mungkin pilihan tersebut mengikut apa yang di rancang...

Saya?????
Hidup ini tidak lama, persinggahan semata-mata. Masih lagi tercari-cari NUR dalam kehidupan ini, mencari erti KEREDHAAN dalam  hidup yang terlalu singkat. Masih lagi mencari kekuatan untuk menjauhikan perkara-perkara yg akan "jauhkan" saya untuk mendapat keredhaan hidup... ( sebagai manusia mmg mudah alpa, mudah-mudahan masih ada lagi org yang akan mengingati saya.. mudah-mudahan sama-sama dapat keredhaan dlm hidup)

Pertama : Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah SWT. Kalau tertidur akan dimaafkan.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat”. (Hadis Riwayat Muslim)
Firman Allah SWT
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
Maksudnya: “Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya.” (Surah Al-Ma’un ayat 4-5).

Kedua : Jangan masuk ke tandas atau bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Perlu biasakan memakai selipar atau terompak bila masuk ketandas atau bilik air untuk menjaga kebersihan kaki kita setelah mandi dan mengambil wuduk,  supaya najis tidak dibawa keluar bilik air.

Ketiga : Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Dan jangan bernafas dalam minuman atau meniup kedalam minuman.

Di dalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan :
“Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasalam melarang minum dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minum.”
Jika cawan atau pingan kita retak , pecah atau sumbing hendaklah dibuangkan sahaja jangan digunakan lagi.
Ini termasuk etika yang diajarkan untuk kemaslahatan orang yang minum, sebab minum melalui bahagian cawan yang sumbing boleh menyebabkan beberapa bahaya:
Kotoran yang biasanya ada dipermukaan air, akan berkumpul di bahagian cawan yang sumbinng, lain halnya bahagian tepi cawan yang masih utuh.
1.  Ia boleh mengganggu ketika minum. Minum melalui bahagian cawan yang sumbing atau pecah tidak boleh dilakukan dengan baik.
2. Kotoran dan seumpamanya biasa terhimpun di bahagian cawan yang pecah, kerana tidak ikut dibersihkan ketika dicuci, tidak sebagaimana cawan yang  masih baik.
3. Bahagian yang sumbing adalah bahagian yang buruk pada cawan, iaitu bahagian yang paling tidak bagus hingga mesti dielakkan, lebih baik dicari bahagian yang masih baik, sebab bahagian yang buruk dari segala sesuatu pasti tidak ada baiknya.
4. Boleh jadi bahagian yang pecah itu mempunyai belahan atau bahagian yang runcing yang boleh melukai mulut orang yang minum melalui bahagian tersebut.
Adapun bernafas dalam air minum, risikonya adalah menimbulkan bau busuk pada air minum yang tidak disukai orang lain, terutama sekali orang yang bau mulutnya mengalami perubahan buruk. Pada dasarnya, secara umum nafas orang yang minum akan bercampur ke dalam air tersebut.
Justeru, Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasalam menggabungkan antara larangan meniup air dan larangan bernafas dalam air dalam hadis At-Tirmizi dan dinyatakan sahih oleh beliau, dari Ibnu Abbas bahawa ia mengkhabarkan :
“Rasulullah melarang meniup air dan bernafas dalam air minum.”

Keempat : Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisi-sisi makanan yang dibiarkan didalam bekas makanan bermalaman tanpa dibersihkan  adalah menjadi habuan syaitan , kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.

Islam menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan penyakit.
Dari ‘Amr bin Syu’aib : ‘Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu mencintai kalau melihat bekas kenikmatan-Nya atas hamba-Nya itu, dengan jalan menunjukkan keindahan dan kesempurnaannya dalam berpakaian, makan, berumahtangga dan lain-lain.” (Hadis Riwayat Imam Tirdmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan.)

Kelima : Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki dan keberkatan).

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, “Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?”
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat Subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadis yang berbunyi:
‘اللهم بارك لأمتي في بكورها’
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi).
Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat Subuh.
Telah thabit dari Nabi SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda:
يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس ‘
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح’
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.”
Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar.

Keenam : Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

Dari ‘Amr bin Abu Salamah radhiallahu ‘anhuma, katanya:
“Rasulullah SAW  bersabda kepadaku:  “Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu.” (Muttafaq ‘alaih)
Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya:
“Rasulullah SAW (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: ‘Bismillahi awwalahu wa akhirahu.’ Kemudian Nabi SAW. ketawa lalu bersabda: “Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)

Ketujuh : Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan dengan niat yang tidak baik.

Membaca doa bila hendak keluar daripada rumah.
“Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah”
maksudnya: “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzy dan Nasai)
Sunnah berikutnya adalah mendahulukan kaki kiri ketika keluar rumah, serta memberi salam kepada keluarga. Sebelum keluar rumah hendaknya menentukan niat dan tujuan, serta memastikan barang bawaan tidak ada yang tertinggal.

Kelapan : Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Jika engkau memakai kasutmu, mulailah dengan kaki kanan.  Jika engkau menanggalkan kasutmu, mulailah dengan kaki kiri. Hendaknya sebelah kanan mula memakai kasut dan sebelah kiri mula menanggalkan kasut. Dan jangan berjalan dengan sebelah kasut. Tanggalkan kedua-duanya atau pakai kedua-duanya” (Silsilah as-Shahihah Albani)

Kesembilan : Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman maksudnya :
” Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.”( Surah An-Nur ayat 30-31 )

Kesepuluh : Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Rasulul­lah SAW  bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesung­guhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Kesebelas : Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Rasulullah SAW  pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah :
“Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah).”
Justeru itu bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT perlulah dibuat secara berterusan tanpa henti.Taubat haruslah di perbaharui dari masa ke masa. Ini kerana, setiap insan tidak mungkin terlepas dari dosa, samaada besar atau kecil, dosa batin atau lahir, dosa yang diketahui atau tidak atau lalai dalam menunaikan hak Allah dan manusia lainnya. Bahkan dosa kerana tidak menambah ilmu pengetahuan dalam agama dan sebagainya juga tidak terkecuali.

Kedua belas : Jangan ego (sombong)  untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Sifat orang mukmin akan sentiasa meminta maaf dan merendahkan diri terhadap kedua ibu bapanya. Sentiasa memberi khidmat terbaik terutama apabila mereka menjangkau usia tua yang uzur. Begitu juga sifat orang mukmin yang suka meminta maaf kepada siapa sahaja orang lain yang dirasakan bersalah .
Di dalam surah al-Israk, firman Allah yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Israk ayat 23)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya; bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal soleh, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal soleh, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”(Hadis Riwayat Bukhari)

Ketiga belas : Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Dari Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah  bersabda yang bermaksud,
” Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat, “Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. ” Maka Rasulullah SAW. bersabda maksudnya , “Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah.” Lalu Rasulullah SAW ditanya,” Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? “Jawab Rasulullah SAW ” Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

mengumpat

Keempat belas : Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).” (Surah al-Thalaq ayat 3).

Kelima belas : Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah boleh memadamkan kemurkaan Allah SWT dan kematian yang buruk.

Rasulullah SAW bersabda:
“Si pemurah yang jahil lebih dicintai Allah daripada ahli ibadah yang bakhil.” (Hadis Riwayat Al Khatib)
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)
Dari Abu Hurairah r.a, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :
“Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”(Hadis Riwayat Bukhari).
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

Keenam belas : Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Suatu ketika, Rasulullah SAW berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu baginda bersabda yang bermaksud:
“Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah).
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW mengingatkan kita banyak ketawa dengan sabda baginda yang bermaksud:
“Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita.”

Ketujuh belas : Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Rasulullah S.A.W.  bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud :
“Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari.”
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya :
“Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.”  (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

Kelapan belas : Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.

Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi di fitnah sungguh mustajab di sisi Allah S.W.T.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya :
“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah.”(Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan)
Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.”(Hadis riwayat Hakim – sanad sahih)

Kesembilan belas : Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Ingatlah! Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menanam memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, kita tidak akan dapat menikmati kesenangan. Jangan sekali-kali mengikut ajakan syaitan dan godaan nafsu menyuruh berbuat jahat dan kemungkaran., anggaplah kesukaran di dunia adalah bersifat sementara dan jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat Allah.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusof ayat 87).
Sabda Nabi SAW maksudnya;
“Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang berjalan, diwaktu petang engkau tidak menunggu pagi dan apabila diwaktu pagi tidak menunggu petang, Perumpamaan aku dan dunia seperti orang musafir duduk berteduh dibawah pokok kemudian bangun dan meninggalkannya. “

dunia - akhirat

Kedua puluh : Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke lambah kebinasaan.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”(Hadis Riwayat Abu Syeikh)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita tinggalkan dan jauhi 20 perkara keburukan semata-maat untuk mencari keredaan Allah SWT. Hidup di dunia adalah sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi. Pertingkatkanlah amal-amal soleh kita dan jauhi kemugkaran, maksiat, perkara subhat dan makruh supaya kita menjadi mukmin yang bertakwa dan dikasihi oleh Allah SWT.

Monday, November 12, 2012

Susu ............Oh...Susu...

Dang..............

OMG..., panic attack..., maunyer x panic bila tengok stok susu anakku hanya CUKUP sampai HUJUNG BULAN nie shj!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. Aduihai,  macam mana nak cukupkan penyusuan selama 2 tahun nie...
Adakah di sebabkan STRESS.... hurm..

Mungkin jugak di sebabkan STRESS.. stress dengan kerja sekolah yang tertunggak ( entah bila nak sudah pun tak tahu), stress sbb cuti sekolah nie kena jaga exam SPM sampai 6/12/12... ingatkan selepas exam boleh rehat rupa-rupanya tak boleh 8/12/12 kena plak g dengar ceramah....( dh la PJJ, cuti tinggal 2 minggu je, bila masa nyer nak rehat dan reunion sebagai 1 family nie...). Tahun nie, cuti sekolah pun rasa x cuti langsung... kerja je memanjang.. ( time nie la rasa nak je sakit n duduk dlm wad... klu la boleh)

Masa jaga exam, bukan x pumping.. pumping tapi terkejar-kejar dengan masa.. tahun pulak, 1 hari ada dalam 3 paper...Klu dulu 1 hari ada 2 paper.. Bila terkejar-kejar dengan masa nie, mesti stress sbb hanya ada 30 minit sahaja.. nk cukupkan 5 0z dh semput... nak dapatkan 7 0z, mmg susah la.. dan ada 1 masa semua pengawas mencari di mana ak "menyorok"..... sbb pelajar hendak ke tandas..., terpaksa bukan klu tidak kering la susu sbb otak dh hantar signal.. "susu tak perlu di proses".

Skrang nie, masih lagi mencari formula utk selesaikan masalah nie, bukan apa.. nk buat double pumping agak sukar bg ak, sbb ak sendiri x suka sgt dengan double pumping nie.. susu yg di hasilkan tak balance.. katakan  belah kanan dh xde susu, belah kiri ada pula...( mungkin ak sowang je yang ada masalah cani..) lg pun 1 titis susu sangat la berharga ( since dh x berapa meriah, 1 titis pun dh berapa 0z dh). Dan yg paling utama, ak sendiri dh lama x gunakan tidub double pumping.. asyik guna single pump..

Susu formula.. jalan yg terakhir bg diriku... masalahnya sekarang dh 14 bulan ak tak pernah beli susu formula.., bila ke pasar raya nak beli susu formula sebagai stok klu berlaku kecemasan,(cam kes skrang nie) , jadi buntu... banyak sangat jenama...dan ak sendiri tak tahu nak beli yang mana 1. Setiap kali niat nak beli, konfem tak beli sbb tak tahu nak beli yg mana.. mintak sample mmg tak pernah ada.. cane nak tahu anak ak suka susu nie atau tidak... klu beli yg pek sederhana, klu di buatnya tak suka dh berlaku PEMBAZIRAN... dan susu yang tak mahu di minum 2 sapa plak yg nak bancuh dan minum..., klu ak minum, hahahhahah makin membulat la jawabnya.

So, nak tanya.. apa kriteria yang korang sume akan gunakan bila hendak membeli susu formula nie.., sbb ak asyik dok tengok kandungan setiap susu formula sama je... x tahu nak beli yg macam mana????

( selagi boleh bertahan dengan  hasil perahan dan rezeki masih lg ada untuk anakku akan ak susui dgn susu ibu.. klu dh setakat itu sahaja, redha... tp kena cari jugak susu yg bersesuai, xkan nak bercerai susu dh.. br je 14 bulan.. klu dh 4 tahun boleh tahan jugak....huhuhuhu)

Thursday, November 8, 2012

YES... tak dapat....

Salam...
dah lama tidak menjenguk dan update di blog sendiri...sibuk dengan kerja yang tidak pernah selesai.. dr awal tahun sampai la ke hujung tahun.. entah bila hendak selesai.. pun sy tak tahu, kerana menjadi cikgu nie kenalah berjiwa guru.. tak boleh berkata "masa kerja sudah tamat @ saya tidak tahu apa-apa " dan sebagainya.. nak atau tak nak kena jugak jadi kepoci la jugak (hanya utk hal-hal yg berkaitan dengan kerja.. selain dr itu, maaf la.. tak kejadahnya nak ambik tahu, karang di copnya kaki suka nyibuk.. hahahah..

ok, tajuk di atas.. nak kata happy pun payah... nak kata x happy pun payah.. senang cerita redha je la.., klu nie namanya REZEKI di sini, terima je la.. x guna melawan TAKDIR.. sbb akhirnya tetap berada di sini. Jujur, tak pernah lagi berasa selapang nie.. betul2 lapang, betul2 tenang.. klu dulu, mahu meroyan dan meraung dlm telefon bagitaw kat HUBBY, PERMOHONAN UTK BERTUKAR DI TERENGGU TIDAK DI LULUSKAN... kali plak, leh kol siap gelak-gelak lagi ( ke dh x betul sy nie.. hahahah)..

Kenapa lapang...

1) Dh naik turun KEMENTERIAN PELAJARAN berjumpa sendiri dengan pengawai yang akan meluluskan pertukaran di antara NEGERI, tanya reasoan yang bagaimana yg boleh melulusakan pertukaran, kena ada surat sokongan dari Negeri untuk bertukar...

2) Balik Terengganu, blok jadual SU POLITIK MB ( nak block jadual, huhuhuhu.. paham-paham bila berhadapan dengan org besar nie). Dh block jadual, booking plak tiket utk balik Kuala Terengganu. Bila berjumpa plak... erm.. macam-macam la, tp yg PENTING, sy PUAS sbb berjumpa sendiri dan bagi tahu kenapa perlu bertukar..

3) Dpt surat sokongan, yg paling x best.. dapat plak surat dari Kementerian, siap di bold lg ayat nie "PERKHIDMATAN ANDA TIDAK DI PERLUKAN DI TERENGGANU".

X mengapa la, klu perkhidmatan sy tidak di perlukan di sana, adalah lebih baik berkhidmat kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan ite.. , bunyi macam merajuk bukan.. Masa mula2 dapat surat nie, mmg  keciwa, tp bila pk2 balik mungkin ada sebab kenapa x dapat... mungkin ada benda yg perlu sy selesaikan..(x suka bila banyak sangat kebarangkalian nie, samada jadi @ tidak menjadi yg akan menjadi jawapan..)

Antara sebab saya tak dapat tukar..

1) Orang lain nk sambung belajar, sy pun gatai nk jugak tp....Hanya separuh jalan menyambung MASTER, kemudian drop.. sebabnya, salah pilih kursus.. ambik RESEARCH sbb ingatkan tak perlu menghadiri kelas pada hujung minggu, hanya melepak di library dan jangka saya meleset, kerana bila anak kecik nie masa menjadi TERHAD ( mcm la ibu2 yg sambg belajar ambik MASTER uat RESEARCH boleh tamatkan pengajian mereka... tabik hormat pada mereka..), seriously, sy petang dh melepet di kerusi rehat.., rehat sekejap.. bila nk bukak buku.. Ya Ampun, mata nie dh terpejam.., minggu depan dh nk jumpe lecture, minggu 2 la jugak tak tidur.. ( selalunya mesti  mintak due dlm masa 2 - 3 hari, sbb x siap habis). Akhirnya, DROP kerana  tak boleh bawak lgpun tajuk tesis adalah tajuk yang diberi oleh lec sendiri...

2) Danial masih lagi memerlukan rawatan daripada hospital pakar.... kebanyakkan hospital pakar berada di pusat bandar samada swasta dan kerajaan

Tahun hadapan..

1) Sambung balik MASTER, kali ambik COURSEWORK.. mana la tahu bila dh habis MASTER boleh pindah ke sana . Dengan dgree tak dpt mana tahu dgn MASTER dpt

2) Belajar menjahit... yg nie dh tak boleh hold, .. Kos sara hidup di bandar terlalu tinggi, biar pun gaji naik, tp harga barang naik berkali ganda.. ( sewa rumah pun dh naik tahun hadapan lg2 tempat yg disewa nie kawasan hot..).Upah jahit baju di sini... huhuhuhuhuhu.. boleh habis gaji sebulan utk  6 pasang baju...klu di kampung br je beratus-ratus je..Nak beli bj ready make, maaf la sbb susah nk cari yg berkenan di hati. bg org yg comel-comel cam saya nie..( masa nie la br la sibuk nk diet hahahah)

Ada pula org terlalu prihatin dgn keadaan sy, bgtaw duduk jauh-jauh bahaya nanti laki cari lain sbb x dpt layanan dr isteri.. ( terima kasih sbb prihatin)

Isteri mana yg tak risau, atau suami mana yg tak risau duduk berjauh nie.. tp nk  buat cane, dh terpaksa.. InsyaALLAH xde apa-apa...klu niat utk mencari REZEKI, klu dh niat lain x tahu la..

sbbnya..

Yg duduk sebumbung tp x berjumpa selalu pun boleh cerai ( rujuk paper hari nie, anak chef wan , chef riz. dh bercerai dgn isteri die yg baru kahwin 11 bulan)..

Yg duduk sebumbung tp hari2 jumpa pun akan berbalah klu x sama idea.. n so on..

Dh menjadi adat dlm kehidupan rumah dan tangga nie, ada kalanya kita suka dan ada kalanya kita sedih.. tp yg penting saling percaya dan keterbukaan dlm percakapan dan pemikiran - ayat nie dpt masa membelek buku tentang rumah tangga...

Bila redha dgn perjalanan hidup, InsyaALLAH hati akan lapang...hidup adalah perkara yang tidak terduga.. bila di duga, ada masanya berjalan tanpa memakai selipar...

Tuesday, October 9, 2012

Setahun berlalu...

Dalam sedar tak sedar, sudah setahun saya menyusukan Danial menggunakan susu ibu sepenuhnya... Dalam malas pun saya berusaha juga untuk memberikan yang terbaik untuk anak saya. Malu saya sekiranya

1) Jururawat yang bekerja ikut shif
2) Pekerja kilang yang bekerja shif
3)Anggota polis yang bekerja shif

boleh menyusukan anak mereka sepenuhnya...(tak boleh bayangkan bila masa la mereka nie curi waktu untuk mengepam..., klu aku yg cikgi nie dh pemalas nk mengepam malu la ...) dan pam yg mereka gunakan  bukanlah mengunakan kuasa elektrik ataupun bateri.. tetapi manual kadang-kadang siap MARMET lagi..( yg lagi la bertambah malu, ak dh la yg jenis elektrik tp malas.. teknik MARMET mmg fail sbb tak pernah mencuba....). 

Alhamdulilah, semalas-malas saya, dpt la jugak kumpul stok yang bertahan untuk 3 minggu... Dari sepenuh-penuh deep freezer.. hinggalah tinggal yg nie sahaja..(sekurang-kurangnya berguna jugak MR DEEP FREEZER selama setahun.. klu tidak habis peti  itu terisi dengan ais krim 10 sen dan sebagainya.

Kenapa malas..

1) anak dh besar, asyik nak makan je , susu kurang ..( tak sama dengan anak org lain) dan kadang-kadang bertambah.. ikut pada mood..
2) susu makin kurang.. dulu boleh dapat 15 oz sekarang nk capai takat 5 oz payah
3) malas nk bangun malam ( nie mmg x boleh nak ubah, dulu boelh je bangun malam.. sekarang , ya ampun susah ..set la jam kul 2, 3 pagi.. tp tetap jugak terjaga kul 5.45 pagi)

Mudah-mudahan, saya rajinkan diri untuk cukupkan penyusuan selama 2 tahun...



Stok cukup 3 minggu ....

p/s : 1 tahun je lagi.. gambate.. gambate..gambate..

Thursday, October 4, 2012

Di gigit......

Pertama kali selepas setahun berada di bawah jagaan nursery, anakanda ku di gigit budak yang sebaya dan seangkatan dengannya... erm, nasib baik kat tangan , klu pada bahagian lain tak tahu la cane ye... nama pun budak, tak kan nak  marah budak yang baru berusia 1 tahun 8 bln... senyum je  la.. ( belum lagi berjumpa lagi dengan ibu budak tersebut.....)

Selama nie tak pernah pulak kena gigit, biasanya main sama-sama.... mungkin kes berebut mainan la kot. 3 org yang kena gigit.. seorang depan muka .. seorang lagi kat punggung.. yang dekat muka, kesian tengok.. kesan lebam sampai sekarang masih lagi ada...

Kesan Danial, mintak-mintak kesan lebam tu boleh hilang


Monday, September 17, 2012

Menarik di SEPTEMBER

Bulan September..., apa yang menarik di bulan ini... lahir lahir buat diriku dan anak teruna kesayangan kami.. Beza  hari lahir diriku dan Danial, x banyak hanya 7 hari sahaja.. Kejap sangat masa berlalu.., dari bayi yg comel sehingga ke toddler yang lasak dan pandai merajuk, yang pandai menunjukkan aksi-aksi yang kadang-kadang nak marah x jadi dan mencuit hati.. Benar kata org tua, bila ada anak, hari-hari nak balik awal.. nak main-main, dan klu boleh hari-hari nak bawak g bermain.. ( tapi x mampu klu hari-hari.. , seminggu sekali dh jadi acara wajib)

Hadiah hari jadi yang paling bermakna baut diriku adalah melihat Danial membesar di mataku sendiri. Pengalaman yang sukar di ceritakan... tapi pengalaman tersebut mengajar menjadi seorang ibu bukanlah dengan hanya memberi makanan, memberi susu malahan lebih jauh daripada itu.. terima kasih atas anugerah yang tidak ternilai ini.. Alhamdulilah...

1 tahun dalam membesarkan Danial secara berseorangan dan kerap kali masuk wad, menjadikan diriku tabah dalam menghadapi dugaan.... dari sentiasa berfikiran negatif , 'Kenapa la kerap sangat masuk wad bila demam nie' sehingga menjadi positif 'Mungkin kurang bersedekah kot, sebab itu Danial asyik sakit je' ( tipula kalau saya x nangis dalam telefon mengadu hal..., tapi makin lama makin berkurangan...). Mudah-mudahan, Danial sentiasa ceria dan sihat ye sayang..

Selamat hari lahir buat diriku dan anakku

















Saturday, September 15, 2012

My best friend wedding...

 Pelamin akad nikah

 Hantaran bagi kedua belah pihak

 Pengantin perempuan (my best friend)

  Tahniah kepada Akma dan Nazri.. ( suka  tengok gambar nie)

Me, Nik, Akma dan Najwa... Najwa yang masih lagi bertitle cik.. yang lain-lain dah PUAN...

Monday, September 3, 2012

my.. my.. my..my...

Catatan nie merupakan luahan hati, sekiranya ada yang terasa.. mohon ampun dan maaf...

Sigh........

Tiada jalan mudah untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Semua memerlukan komitmen yang tinggi dan yang paling penting tahap KERAJINAN mesti tinggi....dan tidak mudah berputus asa..

Ok, bab komitmen dan rajin.. sy kalah.. kalah pada masa dan hampir berputus asa.. tp semangat untuk tidak mahu mengaku berputus asa masih lagi ada.(mintak-mintak la, biar la cukup 2 tahun)

Kenapa..

Semua orang pk, susu ibu merupakan perkara yang paling mudah.. bila anak nagis, sumbat sahaja.. diam la anak tersebut..part itu mmg di akui.. mudah , tp part nak membuat STOK susu... agak mencabar.. belum tentu lagi amount yang di tinggalkan cukup dalam masa 12 jam.

1) bila kita dengan bayi, bayi akan menyusu dengan kerap.. so amount yg masuk dalam perut bayi kita x nampak.. bila kita pam, baru la kita tahu berapa amount susu yg masuk dlm perut bayi kita.

- yg nie bergantung pada individu, ada yg meriah .. ada yg tidak meriah, yg penting Allah masih memberi rezeki pada anak kita..cam saya jatuh dalam kategori kurang meriah, tp alhamdulilah walaupun kurang meriah, masih lagi mampu mengeyangkan perut anak sy

2) Mesti memahami badan sendiri dan paham apa itu konsep demand n supply.. dan RAJIN

- pada mulanya, sy sendiri terkontang kanting dgn konsep demand n supply ( apa ke benda la 2), konsep ini lebih kurang cani ( ikut kefahaman sy la), makin kerap pump, makin banyak susu. Masa 4-8 bulan,gagahkan diri untuk bangun pukul 2 @ 3 pagi, masa org lain tengah nyeyak di buai mimpi, nak pump susu, siap kena sound lg, sbb bising cam bunyi nyamuk main-main di telinga. Jadual pump ada la 5 kali sehari..

SEKARANG..

Nak bgn malam pun susah.. jadual pump dr 5 kali sehari, makin lama makin kurang., dh jadi 1 kali sehari, mmg stok susu makin lama makin sikit..(itu la akibat malas, alasan sbb anak dh makan.. x kukuh langsung alasan)
Hubby dh bising...
katanya , tak x gunanya klu dok telan segala suplement kalau dh malas.. sama la jugak klu sy belikan pump yg mahal harga beribu-ribu, kalau malas, mmg tidak ada hasil ( terkena pada batang hidung sendiri.. maafkan ummi ye danial... bila nak rajin nie.. erm...)

3)  Buddy support ... sangat  la penting

-hanya mereka yg menyusukan dengan susu ibu sahaja memahami masalah yang di alami. ( yang nie mmg betul.. adakalanya kita berada di atas, sekali pump dpt banyak, adakalanya kita di bawah.. masa nie mmg memerlukan nasihat dan cara untuk dptkan hasil yg memuaskan walaupun x meriah). Bukan semua tempat kerja yg mesra dan ada buddy support system.. kalau ada Alhamdulilah, tp masalah yg di alami tidak sama bergantung pada umur anak. Nasib baik la, zaman sekarang nie canggih, ada group khas untuk susu ibu..kena rajin surfing je.. 

Paling baik, menghadirkan diri kelas penyusuan, di sini boleh la berkongsi segala ilmu dr senior2 yg dh pro.(kelas nie mmg tak pernah pergi sbb jauh, nak travel seorang diri agak susah sbb sykan PJJ, nak tinggal anak dgn mak.. kesian plak..)

Kesimpulannya...

Sesiapa yg ingin menyusukan anak dgn susu ibu, cekalkan diri anda.. jgn jd macam sy, separuh jalan sahaja RAJIN, separuh jalan lagi dh MALAS. Bila dh malas, nak merajinkan dirikan adalah perkara yg susah.. ( dh biasa tido, tengah malam dh x bangun..). InsyaALLAH, sekiranya anda cekal.. segala usaha anda berbaloi..

p/s : bila la nak rajin nie... 

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya di ucapkan kepada semua rakan-rakan yang sudi membaca dan meninggalkan jejak anda di blog ini.
Sekiranya ada kesalahan dan kesilapan.. harap di maafkan...

Wednesday, August 15, 2012

Berpuasa dan berbuka di wad..........

Salam..

Masuk kali ini, sudah 4 kali anak bujang saya di wadkan, dan ini merupakan kali pertama saya berpuasa dan berbuka di wad.. seriously, letih yang teramat sangat bila acap kali masuk dan keluar wad.. Pelik, bila di fikirkan, anak org lain hanya sekali sahaja di wadkan, tp anak saya.. 4 kali .., dh lali, boleh di katakan sentiasa terbuka sahaja pintu wad.. tak pernah pun tertutup.. Dugaan.. dugaan.. mungkin ada hikmah di sebaliknya.. mudah-mudahan, rezeki untuk sihat di turunkan untuk anak saya.

Sedih bila difikirkan, sampai bila hendak begini.. muka anak boleh di copkan dengan title "Tikus putih makmal", bermacam-macam jenis ubat sudah di telan, IV di tangan dan di kaki.. tp masih jugak begitu. Pantang ada org cakap, mintak air penawar, mana tahu ada "benda" yg terletak di badan anak.. dh mintak.. Sudah pelbagai cara dan ikhtiar yang telah di lakukkan..namun begitu juga..InsyaAllah, suatu hari nanti akan sihat ( cuma masa dan waktu sahaja yang tidak di ketahui).

Muka saya, sudah di copkan dengan muka yang selalu cuti... nak buat macam mana, bukan saya boleh bergilir dengan suami untuk menjaga anak, kerana masing-masing tinggal berjauhan ( rezeki nak tinggal 1 bumbung pun x sampai seru lagi).. 100% tanggungjawab terletak di bahu saya.., x pela , anak bukan boleh di beli dengan wang ringgit.. duit boleh di cari.

Kali ini, di wadkan kerana batuk berpanjang sudah melebihi 2 minggu.. terkena bronchitis...

Ada yang bertanyakan, kenapa x nak bawak g jumpa Doc Nadir Khan..

Ada banyak sebab...,( my mum x bg, her reason..)

1) The cupping that were used is wrong and not suitable for a baby..
-Doc tepuk badan baby sampai boleh dengar di luar bilik doc, andai kata terseliuh @ ada berlaku pendarahan dalaman , bagaimana??? ( belum lagi dengan tangisan dan rayuan...)
- Org tua2, doc tepuk-tepuk sampai berbunyi, mmg la tepuk angin, tp sakit.. tengok muka boleh tahu menahan sakit, klu baby sakit mana boelh bagi tahu..
( well that's so true when I waiting for the treatment)

2) The suction
- The doc used the same tube suction tube for each baby, dari segi kebersihan adakan tube bersih?, botol susu @ peralatan pam susu basuh dengan sabun, siap steamkan lagi supaya bacteria di hapuskan.
- Cara suction ( dlm keadaan terlentang), cuba bayangkan bila kita batuk dlm keadaan terlentang bagaimana, tidak sakitkah dada ?..( most people who are coughing, mesti akan mengiring ke kanan @ kiri )
- Mana ada suction sampai berdarah hidung ??

Saya dapatkan rawatan untuk anak saya di Ampang Puteri.. 

The doc using the same method as the Doc Nadir Khan, tapi dengan cara yang berlainan...

Apa yang lain..

1) Nebulizer
-Nebulizer yang diguna menghasilkan wap 100% ( tanpa cecair), dimana hidung mmg tidak akan terasa sakit cam hidu kekabus.., kebiasaan hospital @ klinik yg bagi nebulizer mesti akan ada 10 % cecair, hidung akan terasa sakit bila tersedut air. ( sy pun suka sangat sbb bukan takat anak je ngan saya sekali menumpang.. sbb x sakit...)
- Mask, hanya untuk sendiri.. no sharing..

Omron Nebulizer

2) Cupping method
- Bahagian kaki di tinggikan dari bahagian kepala, mudah untuk melonggorkan lendir dalam peparu, lagi 1, cam spa.. tepuk..tepuk..tepuk.. 15 minit pada bahagian belakang, depan, sisi kiri dan kanan ( sampai tertido.. ada la juga menguap sbb nak tido)

3) Suction
- Dalam keadaan mengiring.., kenapa kena mengiring. supaya lendir yg keluar tidak masuk dalam peparu kembali.. 
- Hidung berdarah - NO AT ALL
- Tube - Only single use.. ( pas guna buang..)


 Tunggu turn untuk cupping.....


 IV antibiotik di kaki ( masa kali 3 di wadkan)


 IV Antibiotik di tangan ( Terbaru.. kali ke -4 di wadkan)


 Cupping... tepuk.. tepuk..tepuk.. ( lena dh )





Mudah-mudahan, selepas raya nie.. tidak di wadkan kembali..Amin