Hari ini masuk hari ke-16, kita semua berpuasa..... saya masih lagi gigih lagi menjalani ibadah puasa pada tahun ini...(xder lagi lobang-lobang...) InsyaALLAH akan berpuasa penuh pada tahun ini.. dengan izin dariNYA. Persedian untuk bersalin... erm.... masih belum lagi prepare apa-apa lagi, beg untuk ke hospital x kemas lagi... haahahhahahah, barang-barang dh siap cuma belum lagi isi dalam beg.. kerana sekarang tengah sibuk untuk menyiap kerja-kerja sebelum bercuti panjang....
Saya pasti... ramai ibu yg mengandung di luar sana sudah mula mengukur saiz badan dan target lepas bersalin hendak kembali kepada asal.. klu boleh hendak menjadi lagi kurus dari asal..( yg nie sgt sesuai dengan diri saya.. kerana saya TAK PERNAH KURUS... teringin juga hendak KURUS...). Ada yg sudah membeli set bersalin dan sebagainya.... untuk memulakan misi MENGURUSKAN BADAN selepas bersalin..
Apa beza JAMU dan HERBA ????. Rata-rata saya membaca blog atau bertanya di kedai-kedai yang menjual set bersalin, mengatakan JAMU adalah JAMU.. HERBA adalah HERBA....(ok.. part nie mmg confius... lain yg ditanya lain plak yang di jawab..). Ada setengah penjual mengatakan JAMU boleh memanaskan badan tetapi tidak elok untuk bayi yg sedang menyusu kerana boleh membuatkan cirit-birit... manakala HERBA boleh memanaskan badan tetapi tidak sepanas JAMU dan elok untuk bayi... Yang ini lagi la, saya tak pasti...samada betul atau tidak...sebab saya sendiri mmg tiada pengalaman ... bila di ajukan hal ini kepada my mom.. my mom xleh nak jawab...
Bila di google.. JAMU adalah terdiri daripada tumbuhan herba yang di adun mengikut nisbah yg betul.. contoh MANJAKANI..( apa kegunaan manjakani .. mmg saya tak tahu langsung ini pun baru pertama kali dengar.....). HERBA pula terdiri daripada tumbuhan tetapi tidak diadun dan di makan dalam kuantiti yang sedikit cth Ibu kunyit....
Waktu berpantang adalah waktu yang paling sesuai untuk menurunkan berat badan kembali kepada asal kerana pada waktu itu badan kita lembut dan mudah untuk memecahkan lemak-lemak degil terutama di zon perut dan kebawah.. (yg ini mmg selalu dgr org tua-tua even MIL dok berulang kali pesan kepada saya). Hasil experiment akan saya kongsi nanti.. heheheh
Ada sesiapa yg boleh berkongsi maklumat tentang HERBA atau JAMU ???


