Sunday, July 17, 2011

Happy First Anniversary.......

Sungguh pantas masa berlalu... rupa-rupanya, sudah setahun saya berkahwin... (saya igt baru sahaja 2 -3 bulan sahaja.. hahahahah, nampak sangat nk kekal muda....). Mmg benar, perkahwinan akan membuat seseoatng bertambah matang dan lebih menghargai kehidupan dan pasangan masing-masing.Saya pasti.. masing-masing mempunyai cerita yang tersendiri bagaimana anda berjumpa dengan suami masing-masing...Ada yang lucu dan ada pula yang melalui pelbagai rintangan.. namun jodoh itu telah ditetapkan sejak azali lagi...

Ulang tahun perkahwinan saya, biasa sahaja tiada sambut or candle light dinner...dek seorang di pantai timur dan seorang lagi di pantai barat. Kami jarang berjumpa.. jumpa hanya sebulan sekali sahaja... Alhamdulilah, saya masih lagi belajar untuk memperlajari bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang baik...( buat masa sekarang fungsi saya sebagai isteri terbatas.. jarak jauh ok, bila jumpe baru leh jadi isteri.. klu x jadi org bujang jer.. hahahahah).

Alhamdulilah, setelah setahun berkahwin... kami di anugerahi dengan rezeki yang tidak ternilai, InsyaALLAH, kami akan cuba menjadi ibubapa yg terbaik dan contoh yang terbaik.

" Sayang..........Terima kasih kerana sudi hadir dan memberi saya peluang untuk menjadi isteri dan ibu... tanpa dirimu, mungkin saya masih lagi terkejar-kejar dengan kehidupan yang tidak teratur.. setelah berkahwin..secara jujur hidup saya semakin bermakna dengan jadual yang teratur dan menpunyai hala tuju yang lebih terarah.. berganding bahu membina keluarga yg bahagia..."

Sekitar Majlis Resepsi Farah Diana Anuar (Farah AF 2) dan Johan di Pusat Maritim, Putrajaya.

Salam...

My family mendapat jemputan ke Majlis Resepsi Farah AF 2...Mula-mula, saya igt my mom main-main.. (saya bukan la peminat AF... tgk AF pun bilabetul-betul dg xder citer di kaca TV..). Susah nak percaya bila dpt kad jemputan artis ini, sbb dalam family xder seorang pun yang jd artis... Saya tengok la kad jemputan... Yup, mmg kad jemputan ke Majlis Resepsi Farah AF 2...

Rupa-rupanya, farah mom and my mom adalah kawan..(no wonder la dpt kad jemputan).. Jom layan gambar....

Pelamin .... (x leh nk capture full pelamin... peminat ramai sangat nak ambik gambar )


Farah n her husband... ( x sempat nak ambik gambar farah masa kat pelamin sbb sampai pun dh lewat .. SESAT)


Bersama dengan pengacara majlis..... ( mata dh tertutup sbb banyak sgt FLASH hahahahaha)

Me and baby in the tummy (agak berisi sedikit.. gara-gara naik 1 KG)...

Friday, July 15, 2011

FREE LIPICE......

Cuba cakap siapa yang tak suka dengan benda FREE....cepat angkat tangan .. cepat-cepat... hahahahaha, dengan jayanya semua org suka dengan benda FREE.. heheheheh. Kata orang rezeki jangan di tolak musuh jgn di cari...

Cane nak dapatkan lipice yg FREE nie, even x la setinggi LIPICE yang ada dipasaran.. tp x kisah la dapat yg kecik pown jadila.. asalkan boleh digunakan...

Cara-caranya...

Sila melayari laman web ini http://www.lipice.com.my/. Just clik pada kasi register foam (xperlu bayar).. dh siap.. just tunggu EN. POSMEN hantarkan LIPICE jer... mudah bukan..

WAREHOUSE lagi... boleh kering poket nie

Salam....

Boleh dikatakan pergi kemana-mana shopping complex, akan ternampak BANNER SALE.. dari 50% sampai la 90%.. mmg boleh meruntuhkan iman... dan yang paling penting sekali boleh membuat poket ini kering sebelum tiba masanya....itu belum lagi dengan WAREHOUSE yg sedang MENGILA di sana-sini....(huhuhuhuhu, kelengkapan baby dan diri saya belum siap lagi... esok baru nk lengkapkan barang baby dan sedikit barang saya....)
a
Itu belum masuk lagi dengan persiapan untuk menyambut SYAWAL ( saya mmg xder baju raya, just pakai uniform jer.. itu yang mmg saya fikirkan... sbb dalam hati saya tiada apa yg lebih penting dari kelengkapan baby...). Kuih raya n biskuit raya... tahun ini mmg saya x buat .. malas ( ada la jugak.. hendak seribu daya xnk seribu dalih.. tp lebih kepada malas + x larat nk duduk lama-lama nk mengadun .. masa 2 mmg tengah sarat....). Dengan suka citanya saya beli KUIH TUNJUK jer hahahahahhahaha

Bila tengok iklan ini, mmg boleh membuatkan saya teruja.... x sukanya.... seriously mmg saya x suka....



WHY I SAID SO........

For preggy mom.., part yg dalam mesti kena tukar baru.... kena selesa baru boleh buat kerja dengan happy dan baby pown happy...FIY... this warehouse is worth to go... seriously, wani x tipu, last year wani g sini mmg berbaloi... harga utk part dalam start dr RM5 dengan pelbagai design, warna dan corak dan yang paling penting ADER SAIZ.. lagi pown berjenama ok.. (mmg la klu nak tunggu Triumph, Warcoal n so on uat warehouse xtaw bila...)

X suka bila kena uat pilihan.... kan best if setiap bulan dpt BONUS.. hahahahahah

Thursday, July 14, 2011

Pemakanan di kala usia 30 minggu...

Salam...

Sebelum itu.....

Berkat usaha yang gigih (macam nak ambik exam SPM jer...), akhir HB dalam darah meningkat.. tp xder la semeriah orang lain yg 11.9 ke atas..., tp ok la 11.6, setelah 4 bulan asyik kena bebel dengan misi kat KK disebabkan HB dlm darah tidak pernah naik... Berat dengan jayanya bertambah 1 kilo jer.. ( cam ader potensi je nak turun.. huhuhuh, bukan mudah nak kawal berat badan bila-bila lagi selera makan ikut mood... klu rasa nak makan.. makan, klu tiada selera makan.. jgn harap la nak makan.. ).

Overall, Alhamdulilah.. baby dlm keadaan sihat... dan hari ini jugak kena suntik dos kedua untuk kancing gigi.. sakitnya mmg keluar air mata, cuma bunyi je tak keluar .. klu keluar bunyi xtaw nk letak mana muka nie...

Ok, mari kita tengok pada tajuk di atas.... saya percaya, rata-rata pregy mum memikirkan..

1) Cukup tak penghasilan susu untuk anak saya apabila anak dilahirkan...
2) Adakah pemakanan 30 minggu sehingga 40 minggu cukup untuk menghasilkan susu?
3) Apakah jenis makanan yg sesuai untuk di makan semasa minggu ke 30 - minggu 40?

Secara jujur, saya tidak pernah memikirkan hal ini, tetiba sahaja terlintas di fikiran saya..., saya makan makanan yg seimbang mengikut piramid makanan ( bukan selalu.. klu nak makan KFC, saya g la beli hahahaha). Malam pulak, saya skip makan sbb terlalu kenyang.... klu tak kenyang, bila nampak NASI.. saya terus menolak.. just minum horlicks je...

Doa untuk memperbanyakkan susu, semua ibu mengandung amalkan..., cuma part pemakanan hanya segelintir ibu yg betul-betul mengikut carta pemakanan seimbang...Usaha kena dilipat gandakan dan seiring dengan doa dan tawakal..

Kawan-kawan, ader tips x untuk pemakanan bagi ibu 30 minggu ke atas???.

Monday, July 11, 2011

Semput...........sempat ke ????

Salam,....

Minggu ini... minggu yang agak memenatkan diri saya, serious sgt belum pernah lagi terasa otot-otot bahu dan belakang tegang yang amat sangat... (bestnyer klu ada org tolong urutkan ) itu belum masuk lagi dengan perut yg semakin menegang (saya tiada pasti samada org lain pernah ada simpton perut menegang.. klu mengeras mmg ada).. sakitnyer... sudah nak gambarkan, lebih kurang seperti sakit gigi.. kadang-kadang membuatkan saya jalan senget sebelah kanan...

Sebelum ini, saya berteriak kegembiraan dalam hati, kerana Ramadhan akan menjelma ( tugasan makin berkurangan), kemudian Syawal dan menunggu masa sahaja untuk melahirkan si kecil ini. Namun selepas mesyuarat... mimpi ngeri mula menjelma...., semput jugak dibuatnya.. kerana trial SPM 6/9/2011, sehari persekolahan selepas menyambut Syawal. Secara jujurnya.. silibus masih belum lagi habis, ada lagi 3 bab (mungkin kedengaran sedikit... tapi bila mengajar kelas yg terhebat 1 dari belakang, menyebabkan semakin banyak pula masa yg akan diambil.....). Sempat ke nak habiskan silibus ini.... susah kalau masa depan orang lain bergantung pada diri kita... saya tidak boleh bayangkan sekiranya anak saya diperlakukan sedemikian...

Minggu ini, jadual sekolah amat padat dengan minggu akademik ( burn waktu mengajar saya), minggu hadapan pula , ujian penilain II ( burn jugak ).. ada lagi 4 minggu sahaja ( tolak siap-siap cuti 1 minggu untuk menyambut syawal).... huhuhuhu

Hendak mengajar laju-laju bagaikan keretapi express mmg saya x sanggup, sbb bagi saya bagaikan mecurah air ke daun keladi... hendak mengajar dlm tahap normal.. mmg konfem x akan abis... huhuhu, dlm dilema betul...

Klu org yg nak bersalin bulan 9, mesti dh senyum-senyum.. sbb boleh rehat.. saya plak risau memikirkan anak murid saya, pasal anak dh jatuh tempat keberapa.. entah la..

Oh ya, saya nak tanya... ADAKAH BENAR IBU MENGANDUNG INI TIDAK BOELH TENSION...NANTI BERSALIN AWAL???. Agak risau bila memikirkan keadaan ini, namun lebih risau lagi masa depan org lain.....

Sunday, July 10, 2011

Kegilaan terbaru saya...........

Salam semua...

Hari ini kita berhenti seketika dari bercerita tentang persiapan fizikal dan mental hendak menjadi ibu ( pada hakikatnya saya tak pernah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal hendak menjadi ibu, bagi saya.. semua ibu bermula dari 0 pengalaman, dari sehari ke sehari pengalaman tersebut akan terbentuk... senang cerita NALURI SEORANG IBU...)

Persiapan barang baby .... hurm.., nasib baik la minggu depan ader PUREEN WAREHOUSE.. ambik peluang untuk siapkan apa yang patut.. barang saya plak.. akan disiapkan sebelum menjelma syawal.... ( beli apa yang patut sahaja...).

Full stop, tak mahu cerita berjela pasal persiapan menyambut org baru... nak cerita tentang kegilaan terbaru saya pula..Saya pasti, ibu mengandung ini, boleh dikatakan 95% akan di pengaruhi hormon... ada yg nk melawa sahaja, ada plak yg sudah tak lalu makan, ada pula yg suka bershopping walaupun sebelum ini jarang sangat untuk bershopping...

Saya pula, suka mengumpul KAIN PASANG... tidak kira la, cotton, creep macam-macam la , mungkin disebabkan ramadhan akan menjelma ( bila sebut je ramadhan.. mesti dlm kepala dh fikir tahun nie baju raya kaler apa, langsir rumah dan sebagainya....) Di sebabkan waktu itu saya sedang sarat dan menunggu masa sahaja... so dengan jayanya SELAMAT TINGGAL BAJU KURUNG .....saya sendiri x tahu nak pakai baju apa nk sambut syawal nanti.. nanti-nanti ada lagi sebulan lagi.. boleh cari...)

Kenapa saya gilakan KAIN PASANG... sbb saya sendiri tak pasti samada saya boleh memakai kembali baju kurung, baju kurung moden dan baju kebaya yang sudah tersimpan rapi dalam kotak .... ( kena diet sakan ini, dulu ukuran pinggang saya 30' je sekarang bagaikan di pam-pam... bahagian bum-bum xpayah cerita... mau nagis bila tgk diri sekarang dgn dulu... xpe demi baby... yg penting sihat, Alhamdulilah). Badan saya bukan jenis yg mudah utk kembali kepada asal.. terutamanya bahagian pinggang ke bawah.. mmg kena usaha sungguh masa pantang ini).

Andai kata, saya berjaya menurutkan berat badan lebih kurus dari zaman anak dara @ saya kurang berjaya (kena ada jugak ayat sedapkan hati ini), saya boleh hantar kain pasang untuk
dijahit baju kurung , baju kebarung @ baju kurung moden untuk dipakai masa Raya Haji nanti sekaligus untuk dipakai ketika bekerja nanti...
.

Thursday, July 7, 2011

Di lema ibu yang berkerjaya…….

Salam....,

Saya pasti rata-rata ibu yg berkerjaya pasti dalam dilema apabila melibat hal-hal penjagaan dan sebagainya. Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka tidak kira dari segi manapun ( selagi mampu di berikan….) dan aspek yang paling utama adalah hal-hal keselamatan anak-anak kita semasa kita keluar bekerja….

Pasti soalan ini akan timbul selepas habis pantang…

1) Siapa yg nak jaga anak .... nak upah pembantu umah.. habis beribu-ribu ringgit tak sampai 3 bln dh larikan diri.. beribu ringgit wokeh… visa pembantu rumah lagi, tu lum masuk lagi gaji bln hampir sama dengan bayaran kereta bulan-bulan, dah la duduk free, makan , minum, perubatan yg free…

2) If pembantu umah tak lari.. pandai ke nk tolong ringan kerja umah, takut jugak pembantu umah yg langsung tak reti uat kerja umah (berat tulang nak tolong), karang paksa buat kerja umah nanti anak sendiri yang kena dera ( ader kes dlm paper pembantu rumah mendera anak majikan, bg makan benda yg x sepatutnya)

3) Duk nursing…….. lg takut, macam-macam kes dlm paper laporkan tersedak susu la,lemas masa mandi yang tu satu hal, satu hal lagi dh ckp no buai, letak jugak dlm buai sambil bg susu.. alasan yg sakit telinga dengar “ Saya dh jaga 15 org baby, xder sowang pun yg tersedak susu dlm buai…"(mmg la klu jd .. nasi jadi bubur la jawab nyer….)

4) Nak hantar umah mak @ mertua.. lagi x sanggup, mmg la kita hantar beserta dengan wang.. tp kesian dh la membesar anak sendiri dari baby sampai la nak nikah, bila masa plak mak @ mertua kita hendak berehat…melepak kat kedai mamak ke, g shopping ke….. xkan sampai tua-tua bongkok br nk rehat…

5)If mak @ mertua mmg nak jaga jugak, xkan sampai umur anak mencecah 2 tahun nak suruh lagi mak @ mertua jaga.. mmg la org tua xkan ckp apa-apa depan kita, tp dlm hati siapa yg taw… tul x ??

Pening bukan….

My mom awal-awal lagi dh pesan kat saya

“ Mak xnak jaga sbb dh penat nak besar kamu adik-beradik, nak rehat lagipun dh tua dh, klu mak boleh besar kamu adik –beradik, xkan along n suami x leh nak jaga cucu mak yg sorang ini, bukan lahir twin or triple, sorang je baru… suami jaga sama, xkan org perempuan je yg nak kena ambik taw hal anak”…

Ada betulnyer apa yg my mom katakan…. My mom bukan suri rumah sepenuh masa, klu my mom boleh uat xkan saya x leh uat.. malu la dengan my mom…

Beside.. My husband n I x dok sekali ( jgn pk bukan-bukan ye.. ). Disebabkan kerjaya masing-masing kami berjauhan… (mudah-mudahan kali ini ada la rezeki utk baby supaya pertukaran saya di luluskan..). Saya di pantai barat, suami di pantai timur. Kami dh berbincang.. dan bersepakat untuk menghantar anak ke nursing… (ambik je la risiko, xkan saya nak paksa my mom tolong jagakan or bawak anak g tempat kerja.. melainkan kat tempat kerja mmg ader nursing).

Saya terpaksa mencari nursing utk baby saya, nursing zaman sekarang bagaikan PISANG GORENG YANG PANAS.. lebih panas lagi klu nursing yg mmg dh dpt sijil kelas A dari Kementerian. (Ikutkan hati malas lagi nk mencari... tp klu x cari awal nanti x dpt plak nursing yg baik... usaha dahulu.. dpt @ x dpt belakang kira)

Saya nak tanya ibu-ibu sekalian… APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN TASKA YG TERBAIK.., Setakat ini saya dh survey.. tp rata-rata nursing 1 org pengasuh ambik 5 org baby.. selamatkah???. Mohon bantuan.

Saturday, July 2, 2011

Pump ... keperluan @ kehendak?????

Salam dan hai...

Pernahkah anda terdengar dengan ayat sebegini.....

" Pump penting sangat ke... rata-rata I tengok dalam list bakal ibu, pasti akan highlight PUMP, ala.. klu x beli pun bukan baby x mati kelaparan pun, hidup je sampai hari ini, minum jugak susu cap lembu (susu formula)......napa la nak membazirkan duit jer... baik simpan je duit itu utk buat benda lain"..

FULL STOP...

Klu anda rasa pump merupakan satu keperluan bagi masa kini, beli la mengikut kemampuan diri, jangan di sebabkan hendak berlawanan dengan rakan-rakan sampai makan diri. Klu anda rasa pump merupakan kehendak bagi untuk memenuhi senarai keperluan bayi anda, maka tidak perlu la anda mengeluarkan wang utk membeli pump.. tidak perlu mengeluarkan kata-kata sebegitu hanya kerana anda tidak mahu membeli pump....

Saya bukan lah seorang ibu tp bakal ibu yang baru hendak belajar, belajar untuk memberikan yang terbaik pada anak saya. Ilmu tentang breastfeeding saya tidak la sehebat ibu-ibu yang dh berpengalaman.. tp saya tetap ingin mendalami ilmu tersebut, kerana bagi saya tidak salah mendalami sesuatu ilmu yang bermaanfaat bg diri kita dan bayi kita . Bukan untuk mengandung dan melahirkan seorang khalifah Allah...tanya la pada sesiapa yang pernah menjadi seorang ibu, namun bukan mudah untuk membesarkannya...Bagi saya, mencegah lebih baik dari pada mengubati...

Bagi saya...

Tepuk dada tanya diri anda.. Adakah anda mahukan yang terbaik untuk diri dan anak anda atau sebaliknya???. Zaman sekarang adalah zaman sibuk bekerja mengejar kesenangan hidup bagi keluarga.. semua benda perlukan duit, jadi tidak boleh salahkan ibu-ibu baru yang mengambil jalan mudah untuk menyusukan anda menggunakan susu formula... tp akibatnya tanggung sendiri.. kata org tua-tua jgn menyesal kemudian hari.. Dlm surat khabar sebulan yang lalu, kita di kejutkan dengan berita bayi tersedak susu..( susu formula) belum pernah lagi kita dengan berita bayi tersedak disebabkan oleh pemberian susu ibu....

Saya membeli pump kerana keperluan bukan kehendak.. tidak kiralah susu yang akan badan saya hasilkan banyak, sedikit atau tiada langsung ( tiga perkara saya letak tepi dulu kerana bukankah setiap bayi yang lahir sudah ditentukan dengan rezekinya.. sebagai bakal ibu saya doakan rezeki susu badan saya untuk bayi saya melimpah ruah..)..Sebab utama saya membeli pump kerana saya takut cik B mengalami bengkak susu. Bayi pun manusia .. ada perasaan. Anda bayangkan sekiranya anda sudah kekeyangan dan di paksa makan dan minum, bagaimanakah perasaan anda??? ..Apatah lagi bayi yang tidak boleh bercakap.. tetapi hanya boleh menangis dan dipaksa minum.. bukahkah itu tidak adil bagi bayi tersebut. Saya tidak tahu bengkak susu macam mana.. tp dari pengalaman ibu saya, sakit yg teramat sangat.. bila susu dari cik B dh keluar lega sgt.. ( saya pun tak faham sangat...)

Kedua, saya mmg berniat untuk susukan bayi saya dengan susu ibu sehingga berumur 2 tahun ( saya bukan berkata-kata megah.. tp saya percaya akan khasiat susu ibu). InsyaAllah.. niat yg baik akan dimakbulkan Allah. Khasiat susu ibu dengan susu formula mmg tidak boleh di tanding, sbb itu org ARAB zaman sekarang masih mencari ibu susuan bagi anak-anak mereka ( di bukan rekaan.. tp kenyataan kerana rakan saya sendiri mencari ibu susuan untuk anaknya ketika menentap di sana selama 6 tahun). Lagipun susu ibu boleh melawan penyakit .. jimat duit pun jimat....

Kandungan gula dalam susu ibu sangat sedikit berbanding susu formula. Mmg sah bayi kita tidak akan di jangkiti dengan penyakit obesiti. Susu ibu boleh mempercepat tumbesaran bayi berbanding susu formula. So tidak kisah klu anak kita bersemangat di sebabkan susu ibu, kerana apabila bercerai susu.. badan akan kembali normal seperti biasa....

Itu sekadar perkongsi saya.. Saya menyokong BF 100% kerana zaman sekarang bermacam penyakit pelik akan menyerang, dengan susu ibu saya boleh melindungi bayi saya...

Friday, July 1, 2011

Famous Amos....Pn Elya dh sampai....

Mula-mula nk letak gambar nie dulu.....


Akhirnya, cookies ala-ala Famous Amos Pn. Elya dh sampai ke tangan saya. Nasib baik sampai kat sekolah.. so xde siapa yg berani buka bungkusan ... klu sampai kat rumah... tinggal habuk je kot... hahaha

Mmg harum.. seriously, masa dlm kotak kat off, semua kakitangan tanya... benda apa yg org poskan kat saya.. harum semerbak... (wink wink..wink... tersenyum-senyum saya...). So saya buka la bungkusan 2....., ada 2 balang cookies.. cam dlm pic di atas.. Bagi la org merasa cookies 2...mmg terbaik dan sedap sgt-sgt..

Boleh di katakan cookies yg warna chocolate 2 tinggal separuh balang je ( hahahaha), bawak balik umah.. letak je atas meja... yg chocolate 2 ada la lg 2 keping je... yg vanila 2.. dh habis...
Sapa-sapa yg nak order cookies nie boleh la pergi ke cini: