Saturday, November 7, 2009
Jaga exam MUET............
Friday, November 6, 2009
shopping....
Thursday, November 5, 2009
Bz part III


Wednesday, November 4, 2009
Penjagaan kulit mengikut Islam
Secara amnya kulit manusia terdiri daripada lapisan epidermis dan lapisan dermis. Lapisan epidermis adalah lapisan yang tidak mempunyai saluran darah dan bergantung kepada bekalan darah daripada lapisan dermis.
Di dalam lapisan dermis kulit manusia, Allah telah menciptakan kelenjar-kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar sebum. Kelenjar ini menghasilkan lemak dari semasa ke semasa. Menurut pada saintis, tujuan penghasilan lemak-lemak ini adalah untuk melindungi kulit dan rambut daripada menyerap air. Ia juga mengelakkan kulit dan rambut menjadi kering, berkedut atau merekah. Hebat sungguh ciptaan Allah.
Sel-sel kulit manusia yang mati pula akan ditolak keluar ke lapisan epidermis, seterusnya tubuh badan akan menghasilkan sel baru. Proses ini berlaku sepanjang masa. Boleh dikatakan setiap detik, ada sahaja sel kulit yang mati di atas kulit manusia.
Sel-sel mati ini kemudiannya akan terkumpul bersama-sama lemak-lemak sebum, bakteria dan habuk di atas permukaan kulit. Permukaan kulit akan menjadi kotor. Bakteria-bakteria kemudiannya akan bertindak balas dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Inilah yang berlaku pada kulit manusia setiap hari.
Jika tidak bersihkan, ia akan mengakibatkan jangkitan kepada kulit seperti jerawat, jeragak, kanser dan sebagainya. Di bahagian muka manusia sahaja, para saintis telah menganggarkan terdapat 500 juta bakteria pada setiap inci persegi. [1]
Di dalam surah Al-Maaidah ayat 6, Allah telah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;”
Ayat ini merupakan perintah daripada Allah supaya orang-orang Islam berwuduk sebelum menunaikan solat. Wuduk perlu dilakukan dengan air suci. Anggota-anggota badan yang wajib dibersihkan adalah muka, tangan, kepala dan kaki.
Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya, “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.”
Kemudian Sayidina Othman r.a berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” [2]
Di antara anggota badan yang sunat dibersihkan pula adalah telinga. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah s.a.w. menyapu kepalanya dengan air dan kedua telinganya iaitu bahagian luar dan dalam.”[3]
Membersihkan anggota badan melebih kawasan wuduk juga dianggap sunat. Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata, “Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.”[4]
Di dalam Al-Umm, Imam As-Syafie menyatakan bahawa beliau lebih suka sekiranya seseorang itu berwuduk mukanya, tangannya dan kakinya tiga kali-tiga kali serta menyapu kepala tiga kali dan meratakan sapuan itu keseluruhan kepala. [5]
Kesemua “proses pembersihan kulit” ini dilakukan setiap kali sebelum solat lima waktu. Sekiranya setiap langkah diulangi sebanyak tiga kali, seseorang akan membasuh anggota wuduknya sebanyak 15 kali sehari. Sekiranya ditambah dengan solat sunat dhuha dan solat sunat witir, bilangan basuhan menjadi 21 kali.
Selain itu, seseorang juga disunatkan agar menggosok-gosok tempat wuduk. Ini adalah berdasarkan sebuah hadith riwayat Abdullah Bin Zaid r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. berwuduk lalu beliau berkata, “beginilah.” Lalu beliau mengosok-gosok anggota wuduknya. [6]
Menggosok adalah mengenakan sedikit tekanan pada anggota wuduk. Aktiviti menekan dan menggosok ini seterusnya akan meransang beberapa titik refleksologi yang dikenali sebagai “Biologically Active Spots”, yang terdapat pada anggota-anggota wuduk. Tekanan-tekanan pada titik istimewa ini seterusnya akan merangsang saraf dan memberi tenaga serta kesegaran baru kepada angota-angota badan yang lain seperti, usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan lain-lain. [7]
Justeru, kita harus mempelajari tatacara wuduk yang betul. Wuduk yang betul bukan sahaja menjamin kebersihan, malah ia menjaga kesihatan. Dari segi rohani, wuduk yang betul membersihkan dosa. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. telah menceritakan bahawa ketika seorang muslim membasuh setiap anggota wuduk, kesalahan-kesalahan akan keluar bersama-sama dengan air basuhan tersebut. [8]
Untuk mempelajari teknik wuduk yang betul, saudara dijemput untuk meneliti laman web berikut :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wuduk
http://cybermosque.mpsj.gov.my/cara_wuduk.html
Wuduk, ternyata merupakan penjagaan kecantikkan luar dan dalam, zahir dan batin untuk lelaki dan wanita!
Rahsia hari kelahiran
Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.
Cara menjadi gadis ayu
1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
4. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
Bentuk gigi
Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelok kan penampilan seseorang.
Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba- tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saj a artikel ni yek!
Jarang dan kecil;
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya, Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah, Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah!
Bersaiz sederhana dan rata .
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?
Besar dan jarang .
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Leb ih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mer eka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!
Jongang dan kecil.
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!
Jongang dan besar .
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selainitu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!
Tidak tersusun .
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.
Seolah masuk ke dalam.
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandaimenyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.
Kecil dan tersusun.
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikat akan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!
Wangian melambangkan personaliti
Terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :-
BUNGA-BUNGAAN :- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.
BUAH-BUAHAN :- Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.
OCEANIC :- Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.
HIJAUAN SEMULAJADI :- Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !
ORIENTAL :- seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.
KAYU-KAYAN :- wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.
Hi friends…. which one is yours ?
Tak lagi...........
Apabila udara sejuk tak lagi menusuk kalbuku,
Apabila bintang-bintang tak lagi mengisi kesunyianku,
Setelah dirimu tidak lagi disisiku.
Apabila lebat hujan tak lagi tenteramkan perasaanku,
Apabila sinar mentari tak lagi menghangatkan hariku,
Apabila cantiknya pelangi tak lagi mewarnai isi hatiku,
Setelah dirimu tidak lagi disisiku.
Kini aku bukan lagi aku yang dulu,
Aku melangkah tak lagi sepantas dulu,
Aku berimpian tak lagi setinggi dulu,
Setelah dirimu tidak lagi disisiku.
Sampai bila keadaan ku akan terus begini?
Biar waktu yang menentukannya.
