Friday, February 24, 2012

Cukup kiasukah saya ?????????????

Salam...

Alhamdulilah... Danial H sudah berumur 5 bulan, syukur kepadaNya kerana memberikan nikmat kesihatan pada Danial H. (Masa 4 bulan Danial H kena admit sbb deman, selsema dan batuk selama 1 minggu). Umur 5 bulan... Danial H sudah pandai tersenyum.. suka sgt tengok diri sendiri bila berhadapan dengan cermin, pandai senyum, pandai berborak ( menggunakan bahasa bayi) dan expertam dalam mengesot.... tak terkejar di buatnya. Alhamdulilah rezeki Danial H masih lagi dimurakan olehNya.

Bila berkaitan dengan isu melibatkan bayi dan kanak-kanak, membuatkan diri saya sensitif.... saya percaya semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anaknya, begitu juga dengan saya.... Saya cukup sensitif bila :

A : " Anak u dah berapa bulan"
Me : " 5 bulan dh...."
A : "5 bulan dh.. anak U dah pandai membaca ?, anak i dah pandai membaca... sepatutnya anak cikgu kena
       pandai membaca, U x hantar pergi kelas intensive untuk baby pandai membaca....
Me :....................................

Lihat video di bawah ini :

Bayi berumur 5 bulan sudah pandai membaca............

video

Cukup teruja bukan !!!!!!!!

Memang benar saya adalah seorang guru, itu tidak bermakna anak saya perlu tahu membaca seawal berusia 5 bulan...

KENAPA :

1) Remaja atau para pelajar zaman sekarang terlalu akademik, tiada langsung zaman kanak-kanak.. pagi pergi sekolah, balik sekolah pergi tuition, balik tuition buat kerja sekolah... entah bila hendak bermain dan sebagainya.

2)Di Malaysia, masih tiada lagi SEKOLAH KHAS untuk pelajar yg istimewa iaitu super genius.. Igt lg kisah Adi Putra.. genius matematik sahaja, malangnya dr segi bahasa tiada perubahan...Yg  ada Program Permata.. kebanyakkan pelajar ini telah di saring oleh kami (guru-guru).

Mana ada ibubapa yg tidak mahu anaknya pandai membaca di usia yg muda... Masing-masing ada cara didikan masing-masing. Mmg tidak di nafikan, kanak-kanak yg pandai membaca di usia awal sgt matang dan tajam pemikirannya.. itu tidak bermakna kanak-kanak tersebut perlu / wajib tahu membaca di usia 5 bulan... Bagi saya, biarlah anak saya tidak tahu membaca @ mengenal perkataan di usia ini, yg penting perkembangan fizikal dan mental adalah selaras..dan itu tidak bermakna saya tidak pedulikan anak saya... yg penting biarlah anak saya bermain dan berseronak dengan dunia bayi sebelum melangkah masuk ke alam kanak-kanak.

Target saya.. sebelum/ semasa usia 4 tahun anak saya sudah pandai membaca..InsyaALLAH..


Kiasu is commonly used to describe behavior where it means to take extreme means to achieve success

Thursday, February 9, 2012

Pneumonia.........

1. Definisi
Pneumonia adalah jangkitan kuman di peparu. Ia berlaku di sebabkan saluran pernafasan di penuhi dengan  lendir dan menyebabkan sistem pernafasan tidak berfungsi dengan baik. Jika keadaan ini  dibiarkan berterusan akan menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak dan membahayakan nyawa si manja.
2. Etiologi
Sebagian besar penyebab Pneumonia adalah mikroorganisme (virus - Respiratory Syncial Virus (RSV) , bakteria - Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus influenzae type b (Hib) ). Dan sebagian kecil oleh penyebab lain seperti hidrokarbon (minyak tanah dan sebagainya) yang  di  mana akan menyerang sistem pernafasan. Jangkitan yang biasa di sebabkan oleh virus dan bakteria ini adalah batuk, selsema dan berterusan hingga ke peparu.
3. Klasifikasi Pneumonia
    a. Pneumonia berat:  tarikan dinding dada kedalam (chest indrawing).
b. Pneumonia: nafas dengan cepat.
c. Bukan pneumonia:  batuk dan  demam, tanpa tarikan dinding dada kedalam, tidak bernafas dengan laju.
4. Tanda dan Gejala
Pada awalnya, deman panas, batuk, suara serak. Lama-kelamaan, suhu badan semakin tinggi ( deman makin panas), batuk makin kuat ( seperti batuk kering), pernafasan semakin laju, tarikan otot rusuk ke dalam, sesak nafas dan bibir menjadi biru. Adakalanya di sertai dengan sakit kepala, sakit perut dan muntah (pada kanak-kanak berumur 5 tahun) 
Pada bayi (usia di bawah 1 tahun) tanda-tanda pnemonia tidak spesifik, selalunya demam dan batuk.

5.  RAWATAN
Sekiranya, Pneumonia di sebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberikan, jika Pneumonia disebabkan oleh virus, antibiotik tidak akan diberikan. d
Rawatan di rumah yang dapat dilakukan pada bayi yang menderita pneumonia:
a. Mengawal suhu badan
Untuk anak usia 2 bulan sehingga 5 tahun, demam diatasi dengan memberikan parasetamol. Bagi bayi dibawah 2 bulan dengan demam harus segera berjumpa dengan pakar perubatan. Parasetamol diberikan 4 kali tiap 6 jam untuk 2 kali sehari.
b. Gizi yang seimbang
Berikan makanan yang cukup gizi, sedikit-sedikit tetapi berulang-ulang. Bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu, teruskan penyusuan dengan sekerap mungkin.



Thursday, February 2, 2012

4 bulan yang mencabar...........

Salam....

Jujur saya katakan, hidup saya masih lagi terumbang-ambing, masih lagi dalam penyesuaian dengan dunai baru, keadaan sekeliling dan masa... 24 jam masa yg Allah berikan... masih lagi tidak mencukupi..( ntah apa yg saya buat ... yang pelik masa bujang  dan sebelum ada anak.. cukup sahaja masa... sekarang.. saya mengejar MASA...)

Pertama kali dalam hidup saya, saya mengalami cabaran dan dugaan yang hebat.. Danial Haziq di masukkan  ke WAD KANAK-KANAK. YA ALLAH, mahu pengsan saya dibuatnya.. gara-gara di sebabkan DEMAN, BATUK dan SELSEMA selama seminggu. Masa ini, haru-biru hidup saya, suami dah la duduk jauh....saya tinggal bersama dengan  mak dan ayah. Tinggal bersama dengan mak dan ayah selepas berkahwin adalah berlainan sebelum berkahwin...

Saya tidak pernah terfikir bahawa anak saya akan jatuh sakit, kerana saya fully breast feed anak saya..(kolot bukan pemikiran saya...). Sebelum Danial Haziq admitted, Danial haqiz deman... masa deman ini, suhu badan paling tinggi yang pernah saya rekod 38.5. Mmg panas.. lepas makan ubat kebah, lepas 4 jam panas balik.. main makan ubat je...sampai 1 tahap Danial sudah tidak mahu makan ubat.. makan lepas itu muntah balik. Deman tak surut lagi... Selsema dan batuk pula menyerang.. Klinik.. dah 3 buah klinik saya pergi,( 2 pakar kanak-kanak dan 1 lagi PUSRAWI) tapi bukan makin sembuh.. makin teruk ada la.. risau di buatnya..

Pukul 12 malam, malam ahad, Danial deman sampai muntah-muntah, suami bawak kereta macam mat rempit ke PUSRAWI.. Doc oncall x sampai lagi, pecut ke KECEMASAN di HKL. Doc suspect MILD PNEUMONIA... malam 2 jugak, kena masuk WAD. Kesian  bila baby baru 4 bulan kena x-ray..... based on the x-ray, a little crap at left side.... 3 hari 2 malam kami tinggal di wad.

Masuk wad - perkara yang tidak pernah terfikir langsung... mmg x best sbb 12 tgh -malam doc pakar akan check,  pukul 4 pagi br nak mimpi best-best, nurse kejut suruh anak makan ubat..(menitis air mata nak paksa Danial makan ubat).. pukul 7 pagi doc pakar buat lawatan..begitu selama 3 hari 2 malam di wad...Alhamdulilah, sembuh jugak Danial Haziq.

Sebelum keluar wad, doc membuat ukuran lilit kepala.. berat dan tinggi normal, lilitan kepala di bawah graf normal... Dang.. berdebar-debar, dalam hati Ya Allah berikan perlindungan kepada anakku... Doc suspect  thyroid hormone not at normal level... ujian darah kena buat... kesian Danial, kena ambik darah.. lepas ambik darah.. baru boleh balik rumah..

Bulan 5 nie baru tahu keputusan... mudah-mudahan tiada apa-apa..AMIN